awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - TPM Ahmad Zahid
USJT Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas PTD - Ketua Polis KL
Selangor catat RM3.021 bilion kutipan hasil negeri pada 2025 - Menteri Besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Rundingan kerusi PH-GRS di peringkat akhir, PH-BN selesai sepenuhnya

Bernama
Bernama
22/10/2025
14:00 MYT
PRN Sabah: Rundingan kerusi PH-GRS di peringkat akhir, PH-BN selesai sepenuhnya
Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, rundingan antara PH dan Barisan Nasional (BN) pula telah selesai sepenuhnya. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kini berada di peringkat akhir.

Ringkasan AI
  • Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN Sabah ke-17 telah selesai sepenuhnya.
  • Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata rundingan antara PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
  • Beliau menolak spekulasi kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRN Sabah sebagai andaian terlalu awal.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, rundingan antara PH dan Barisan Nasional (BN) pula telah selesai sepenuhnya.
"Saya boleh sahkan pembahagian kerusi PH dan BN telah selesai. PH dan GRS kini di peringkat hujung dan sebagai Ketua Setiausaha PH yang diberi tanggungjawab itu, saya akan memuktamadkan dalam masa terdekat.
"Minggu lepas saya berada di Kota Kinabalu untuk mengadakan rundingan. Biasalah, rundingan tidak berakhir dengan hanya satu pusingan. Bila selesai nanti saya akan maklumkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2025 di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, dengan tarikh penamaan calon pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.
Mengulas kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRN itu, Saifuddin Nasution menyifatkannya sebagai andaian awal yang belum wajar dibuat.
"Premature untuk saya andaikan perkara itu. Kalau dalam sidang media hari ini saya sebut akan ada tiga penjuru, tak cantiklah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#rundingan kerusi PH-GRS
#rundingan kerusi PH-BN
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan