awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
Polis tahan wanita tular ludah polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan

Bernama
Bernama
31/12/2025
20:45 MYT
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
Jabatan Kehakiman di Kepulauan Virgin, AS, mendakwa Meta mengenal pasti iklan penipuan tetapi tetap mengenakan bayaran lebih tinggi kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk meneruskan iklan berkenaan. - Gambar hiasan.
ISTANBUL: Kepulauan Virgin Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan saman terhadap Meta, menuduh syarikat itu serta platformnya, Instagram dan Facebook, mengaut keuntungan daripada iklan penipuan serta gagal melindungi kanak-kanak daripada bahaya, menurut kenyataan Jabatan Kehakiman wilayah itu pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Kepulauan Virgin AS memfailkan saman terhadap Meta, menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada iklan penipuan serta gagal melindungi kanak-kanak dari bahaya di Instagram dan Facebook.
  • Tindakan undang-undang itu bertujuan melindungi ribuan kanak-kanak pengguna platform Meta bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
  • Pihak berkuasa menuduh Meta menggunakan algoritma yang menggalakkan ketagihan media sosial, meningkatkan masalah kesihatan mental, dan bertanggungjawab terhadap kes penipuan yang berjaya di AS.

Anadolu Ajansi melaporkan bahawa jabatan berkenaan berkata tindakan undang-undang itu bertujuan melindungi "kesejahteraan dan keselamatan" ribuan kanak-kanak yang menggunakan platform Meta. Ia turut memaklumkan bahawa Kepulauan Virgin menyertai puluhan bidang kuasa lain AS yang lain dalam meneruskan litigasi terhadap syarikat berkenaan.
"Melalui saman ini, Kepulauan Virgin bukan sahaja menyertai 42 peguam negara negeri lain yang membawa Meta ke mahkamah atas kegagalannya melindungi kanak-kanak dan mendedahkan risiko di platformnya secara jujur, malah turut memperluas usaha itu dengan menuntut akauntabiliti Meta kerana secara sedar memudahkan, gagal menangani, dan mengaut keuntungan besar daripada penipuan yang berleluasa di platformnya," menurut kenyataan itu.
Jabatan berkenaan mendakwa Meta mengenal pasti iklan penipuan tetapi tetap mengenakan bayaran lebih tinggi kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk meneruskan iklan berkenaan, bukannya memadamkannya.
Menurut kenyataan itu lagi, Meta dianggarkan memperoleh kira-kira 10 peratus daripada hasilnya pada 2025, bersamaan US$16 bilion daripada iklan penipuan dan secara dalaman mengakui bahawa platformnya bertanggungjawab terhadap satu pertiga daripada kes penipuan yang berjaya di Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa turut menuduh Meta menggunakan algoritma yang direka untuk menghalang remaja daripada mengawal masa penggunaan media sosial sekali gus menggalakkan ketagihan, masalah kesihatan mental, kemurungan dan kecenderungan mencederakan diri.
Meta setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung saman itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman
#Meta
#Amerika Syarikat
#iklan penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan