Skip to main content

Dunia

Bekas penyerang Nigeria meninggal dunia ketika perlawanan persahabatan

Bekas penyerang Nigeria, Michael Eneramo, meninggal dunia selepas rebah di atas padang ketika beraksi dalam satu perlawanan persahabatan di Wilayah Kaduna, Nigeria, semalam. --stadiumastro
Eneramo membuat penampilan sulungnya buat skuad kebangsaan Nigeria dalam aksi persahabatan berdepan Jamaica pada 2009. - Foto Astro ARENA

BEKAS penyerang Nigeria, Michael Eneramo, meninggal dunia selepas rebah di atas padang ketika beraksi dalam satu perlawanan persahabatan di Wilayah Kaduna, Nigeria, semalam.

Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) berkongsikan pemain berusia 40 tahun itu kelihatan mengalami serangan jantung lima minit selepas bermula separuh masa kedua.

Advertisement

Untuk rekod, Eneramo membuat penampilan sulungnya buat skuad kebangsaan Nigeria dalam aksi persahabatan berdepan Jamaica pada 2009 selain pernah beraksi di kelab Türkiye dan Tunisia.

"Perkara ini amat menyedihkan. Saya kehilangan kata-kata buat masa ini.

"Saya hanya boleh berdoa kepada Tuhan agar memberikan mendiang rehat abadi dan juga orang tersayang dan keluarga bola sepak Nigeria ketabahan untuk kehilangan ini," kongsi Setiausaha Agung NFF, Mohammed Sanusi.

Dia digelar 'The Tank' ketika beraksi buat kelab Esperance Sportive de Tunis di Tunisia serta pernah menjulang trofi bersama pasukannya itu.

 

 

 

 

 

 

Must Watch Video