awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan ICJ mengenai langkah kecemasan di Gaza diumum esok

Agensi
Agensi
24/01/2024
22:00 MYT
Keputusan ICJ mengenai langkah kecemasan di Gaza diumum esok
Barisan panel 17 hakim ICJ akan menetapkan keputusan esok sama ada akan memberikan langkah kecemasan untuk menghentikan perang di Gaza.
AMSTERDAM: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan Jumaat ini (esok), sama ada ia akan memberikan langkah kecemasan untuk menghentikan perang di Gaza.
Ini susulan tindakan Afrika Selatan memulakan prosiding genosid terhadap Israel di ICJ.
Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengeluarkan kenyataan pada Rabu.
Menurut ICJ, barisan panel 17 hakim akan menetapkan keputusannya di mahkamah pada 26 Januari ini pukul 12 tengah hari waktu tempatan.
Awal bulan ini, dalam dua hari perbicaraan, Afrika Selatan meminta ICJ memerintahkan penggantungan kecemasan kempen ketenteraan Israel di kawasan Palestin.
Israel menolak dakwaan pembunuhan beramai-ramai dan berkata, ia mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan menyasarkan Hamas, bukan orang awam Palestin.
Dalam keputusan pada Jumaat ini juga, ICJ tidak akan menangani persoalan utama jika Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Mahkamah hanya akan melihat kemungkinan langkah kecemasan, yang dimaksudkan sebagai sejenis perintah sekatan untuk mengelakkan pertikaian daripada menjadi lebih teruk.
Mahkamah juga melihat kes penuh biasanya mengambil masa bertahun-tahun.
Jika ICJ memutuskan untuk mengeluarkan langkah kecemasan, ia tidak terikat untuk memerintahkan apa yang diminta oleh Afrika Selatan.
Keputusan mahkamah adalah mengikat secara sah dan tanpa rayuan, tetapi mahkamah tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakannya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#prosiding genosid
#Afrika Selatan saman Israel
#ICJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan