Skip to main content

Dunia

Keputusan kes rogol anak lelaki kerabat diraja Norway diketahui hari ini

Sumber: REUTERS
Perbicaraan Hoiby yang berlangsung dari awal Februari hingga pertengahan Mac mengejutkan Norway dan menarik perhatian media global. - Gambar/ Reuters

STOCKHOLM: Keputusan dijangka diumumkan pada Isnin dalam perbicaraan berprofil tinggi membabitkan kes rogol terhadap Marius Borg Hoiby, anak kepada Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, lapor agensi berita Jerman dpa.

Hoiby berdepan 40 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan rogol, beberapa kes keganasan rumah tangga, pelanggaran perintah larangan mendekati, serta kesalahan berkaitan dadah dan trafik.

Lelaki berusia 29 tahun itu tidak akan hadir ke mahkamah bagi keputusan hukuman atas faktor kesihatan dan dijangka mengikuti prosiding menerusi pautan video dari penjara.

Perbicaraan Hoiby yang berlangsung dari awal Februari hingga pertengahan Mac mengejutkan Norway dan menarik perhatian media global.

Beberapa bekas teman wanitanya serta wanita yang didakwa diserang Hoiby ketika mereka sedang tidur memberi keterangan terhadap Hoiby di mahkamah, sekali gus membuka sisi kehidupan peribadi anak sulung Mette-Marit itu.

Pendakwa raya menuntut hukuman penjara selama tujuh tahun tujuh bulan terhadap Hoiby atas kesalahan berkenaan.

Hoiby ialah anak tiri kepada Putera Mahkota Norway, Haakon, pewaris takhta negara itu, namun beliau tidak memegang sebarang gelaran diraja dan bukan anggota rasmi keluarga diraja.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement