awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan untuk serang Iran dibuat selepas berminggu-minggu berbincang - Pegawai Israel

Agensi
Agensi
26/10/2024
01:15 MYT
Keputusan untuk serang Iran dibuat selepas berminggu-minggu berbincang - Pegawai Israel
Keputusan Israel melancarkan serangan ke atas tentera Iran pada awal pagi Sabtu dibuat selepas perbincangan selama berminggu-minggu dalam Kabinet keselamatannya mengenai skop serangan sedemikian, kata pegawai Israel.
TEL AVIV: Keputusan Israel melancarkan serangan ke atas tentera Iran pada awal pagi Sabtu dibuat selepas perbincangan selama berminggu-minggu dalam Kabinet keselamatannya mengenai skop serangan sedemikian, kata pegawai Israel.
Pada penghujungnya, Israel memilih untuk menyerang sasaran tentera sahaja.
Seorang pegawai Israel berkata, sasaran tersebut adalah "yang menimbulkan ancaman atau boleh menimbulkan ancaman."
Sementara seorang lagi pegawai menggambarkan keputusan itu sebagai hasil daripada "proses membuat keputusan yang sangat teliti."
Proses itu juga termasuk beberapa pusingan rundingan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) termasuk panggilan telefon antara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Joe Biden.
Pegawai Israel masih belum mendedahkan butiran tambahan tentang bilangan dan jenis sasaran tentera, namun tentera Zionis dijangka berkongsi butiran tambahan sebaik sahaja operasi selesai.
Pada masa ini, Iran masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan itu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#letupan di Tehran
#Israel serang Iran
#Hezbollah
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan