awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik

Agensi
Agensi
13/12/2024
01:30 MYT
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Serangan yang dilancarkan pasukan pembebasan mengambil masa kurang dua minggu untuk menguasai Syria mengejutkan dunia dan menamatkan lebih setengah abad pemerintahan kejam oleh keluarga Assad. - Gambar Reuters
DAMSYIK: Kerajaan baharu Syria pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada lapan buah negara kerana segera menghidupkan kembali misi diplomatik mereka selepas konflik yang tercetus sehingga menumbangkan Presiden Bashar al-Assad hujung minggu lalu.
Serangan yang dilancarkan pasukan pembebasan mengambil masa kurang dua minggu untuk menguasai Syria dan mengambil alih ibu kota Damsyik sekali gus mengejutkan dunia dan menamatkan lebih setengah abad pemerintahan kejam oleh keluarga Assad.
Serentak itu, kerajaan baharu Syria yang diketuai oleh kumpulan Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) melantik seorang Perdana Menteri sementara untuk mentadbir negara sehingga Mac.
Kementerian Hal Ehwal Politik kerajaan itu mengeluarkan kenyataan, mengucapkan terima kasih kepada Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali kerana menyambung semula operasi diplomatik mereka di Damsyik.
Kerajaan baharu turut memaklumkan telah menerima perjanjian langsung dari Qatar dan Turkiye untuk membuka semula kedutaan mereka di Syria dan berharap dapat membina hubungan baik dengan semua negara yang menghormati kedaulatan Syria serta kehendak rakyatnya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Syria
#misi diplomatik
#konflik syria
#Bashar al-Assad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan