AMSTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte akan menyerahkan surat pengundurannya dari Kabinet selepas gagal mencapai kesepakatan mengenai langkah mengetatkan dasar terhadap imigran, lapor agensi berita Belanda ANP.
Keruntuhan kerajaan Belanda berlaku selepas tiga hari perbincangan yang tegang berlangsung sekali gus akan menyebabkan pilihan raya baharu pada musim luruh akan diadakan.
Cadangan parti konservatif VVD pimpinan Rute agar membataskan kemasukan pencari suaka ke Belanda menyebabkan berlaku perpecahan gabungan empat parti pemerintahan apabila dua daripada parti gabungan menolak untuk menyokong cadangan tersebut.
Ketegangan sampai kemuncak pada minggu ini apabila Rutte menuntut sokongan pada cadangannya untuk mengawal kemasukan anak-anak mangsa pelarian perang yang sudah sedia berada di Belanda dan membuatkan keluarga mereka menanti setidak-tidaknya selama dua tahun sebelum kembali bersatu.
"Ia bukan lagi rahsia apabila parti gabungan mempunyai perbezaan pendapat mengenai polisi imigran. Oleh kerana itu, hari ini, kami harus membuat kesimpulan bahawa perbezaan-perbezaan itu telah menjadi sesuatu yang tidak dapat diatasi lagi.
"Sehubungan itu, saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan seluruh Kabinet kepada Raja," kata Rutte dalam sidang media yang disiarkan secara langsung pada Jumaat.
Belanda merupakan salah sebuah negara di Eropah yang mengenakan dasar imigran yang paling ketat sekali.
Namun begitu, jumlah permohonan suaka di negara itu melonjak sebanyak satu pertiga pada tahun lalu menjadikan angka lebih daripada 46,000.
Kerajaan Belanda juga menjangkakan jumlah itu akan meningkat menjadi lebih 70,000 tahun ini sekali gus melampui rekod tertinggi yang dicatatkan pada tahun 2015.
Perkembangan berkenaan sekali gus meningkatkan tekanan pada kemudahan-kemudahan asas buat mereka yang menerima perlindungan politik selama berbulan-bulan pada tahun lalu.
Terdapat ramai dalam kalangan mereka yang dipaksa untuk tidur di tempat terbuka tanpa akses air minuman yang bersih serta kemudahan pembersihan diri atau rawatan kesihatan.
Tahun lalu, Rutte mengaku, beliau berasa sangat ‘malu’ dengan masalah yang tercetus berhubung kebajikan imigran khususnya selepas sebuah pertubuhan kemanusiaan Medecins sans Frontieres mengirim pasukan mereka ke Belanda untuk membantu memenuhi keperluan perubatan golongan imigran di pusat permohonan suaka di negara itu.
Susulan itu, Rutte berjanji untuk menambah baik keadaan di pusat berkenaan terutama mengurangkan kemasukan pelarian ke Belanda.
Bagaimanapun, beliau gagal memperoleh sokongan daripada gabungan kerjasamanya yang berpendapat, dasar itu terlalu berlebihan.
Rutte, 56, merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan Perdana Menteri dalam sejarah negara Belanda.
Kerajaan pimpinan Rutte mula menerajui Belanda sejak Januari 2022 iaitu penggal keempat pemerintahannya secara berturut-turut sejak kali pertama beliau menjadi Perdana Menteri pada Oktober 2010. - Agensi
Agensi
Fri Jul 07 2023
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte akan menyerahkan surat pengundurannya dari Kabinet selepas gagal mencapai kesepakatan mengenai langkah-langkah untuk mengawal kemasukan imigran ke negara itu. - Gambar fail AP
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Kerajaan Belanda runtuh, Mark Rutte letak jawatan sebagai PM
Mark Rutte undur diri selepas gagal capai kesepakatan mengenai mengetatkan dasar terhadap imigran.