awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Jepun lulus draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi

Bernama
Bernama
27/12/2024
08:15 MYT
Kerajaan Jepun lulus draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Perdana Menteri Shigeru Ishiba sebelum ini mencadangkan untuk menaikkan cukai korporat, cadangan yang mendapat tentangan ramai, termasuk daripada parti pemerintah Parti Demokratik Liberal. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Kerajaan Jepun pada Jumaat meluluskan draf belanjawan untuk tahun kewangan 2025, dengan peruntukan tertinggi sebanyak 8.7 trilion yen (US$55.4 bilion) bagi perbelanjaan pertahanan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik agensi berita Kyodo.
Jumlah belanjawan keseluruhan untuk tahun kewangan yang bermula pada 1 April adalah sebanyak 115.54 trilion yen (US$732.23 bilion).
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan, menurut laporan itu.
Draf belanjawan itu akan disemak semula dalam sesi Parlimen Jepun pada Januari nanti.
Belanjawan pertahanan yang bakal diumumkan itu dilaporkan merangkumi pembangunan peluru berpandu jarak jauh bagi meningkatkan keupayaan ketenteraan Jepun untuk menyerang pangkalan musuh.
Perancangan juga termasuk usaha untuk meningkatkan keupayaan menyerang di luar jarak serangan musuh serta memperkukuh penggunaan dron.
Belanjawan untuk pendidikan pula adalah sebanyak 5.55 trilion yen (US$35.17 bilion), manakala belanjawan sosial berjumlah 38.28 trilion yen (US$242.6 bilion).
Menjelang 2027, Jepun merancang untuk meningkatkan keseluruhan perbelanjaan pertahanan dari 2023 kepada 43 trilion yen (kira-kira US$273 bilion).
Namun, kerajaan Jepun masih belum memutuskan sumber pembiayaan tambahan untuk menampung keperluan itu.
Perdana Menteri Shigeru Ishiba sebelum ini mencadangkan untuk menaikkan cukai korporat, cadangan yang mendapat tentangan ramai, termasuk daripada parti pemerintah Parti Demokratik Liberal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#belanjawan Jepun
#2025
#bajet pertahanan
#Shigeru Ishiba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan