awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Jepun lulus kit ujian kesan penyakit Alzheimer

Faida Rahim
Faida Rahim
23/12/2022
03:30 MYT
Kerajaan Jepun lulus kit ujian kesan penyakit Alzheimer
Persatuan Alzheimer yang berpangkalan di AS berkata keperluan mewujudkan alat diagnostik yang mudah, murah, tidak invasif dan mudah didapati seperti ujian darah untuk mendiagnosis penyakit amat mendesak. - Gambar hiasan
TOKYO: Kerajaan Jepun meluluskan kit ujian darah mendiagnosis penyakit Alzheimer yang menyaksikan satu kemajuan yang jarang berlaku dalam menangani penyakit menjejaskan puluhan juta penduduk di seluruh dunia.
Memetik laporan CNA, Sysmex Corporation mengumumkan kini berusaha untuk mendapatkan kit yang berupaya mengukur pengumpulan protein yang menjadi penanda penyakit Alzheimer untuk berada di pasaran secepat mungkin.
Buat masa ini, kaedah sedia ada mendiagnosis Alzheimer melibatkan prosedur imbasan otak atau ketukan tulang belakang yang memerlukan kos yang mahal.
"Sysmex berjaya membangunkan teknologi mengenal pasti pengumpulan (beta amiloid) dalam otak dengan lebih cepat dan mudah sekaligus menyelesaikan isu dalam diagnosis penyakit Alzheimer.
"Tidak seperti kaedah ujian konvensional... (kit) menggunakan ujian dengan darah, sekaligus mengurangkan beban fizikal, emosi dan kewangan kepada pesakit," tambahnya.
Dalam pada itu, Persatuan Alzheimer yang berpangkalan di AS berkata keperluan mewujudkan alat diagnostik yang mudah, murah, tidak invasif dan mudah didapati seperti ujian darah untuk mendiagnosis penyakit amat mendesak.
"Pada masa hadapan, mereka berkemungkinan besar akan merevolusikan proses diagnostik untuk Alzheimer dan semua demensia lain," tulis persatuan Alzheimer di laman web.
Bulan lalu, data menunjukkan ubat baharu yang dipanggil lecanemab memperlahankan penurunan kognitif sebanyak 27 peratus dalam tempoh 18 bulan di kalangan pesakit Alzheimer.
Data berkenaan juga mendedahkan terdapat kesan buruk termasuk pendarahan dan bengkak otak, tetapi sebahagian besar usaha dipuji kerana menawarkan pilihan rawatan bagi mereka yang mempunyai penyakit kognitif degeneratif.
Topic Berkaitan
#kit ujian darah
#Jepun
#penyakit Alzheimer
#Sysmex Corporation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan