awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Jepun lulus rang undang-undang had penggunaan tag Bluetooth untuk menghendap

Bernama
Bernama
11/11/2025
11:05 MYT
Kerajaan Jepun lulus rang undang-undang had penggunaan tag Bluetooth untuk menghendap
Penggunaan peranti GPS untuk menjejak lokasi tanpa kebenaran diharamkan melalui pindaan undang-undang antimenghendap pada 2021, namun, penggunaan tag Bluetooth belum dikawal. - Gambar hiasan/Reuters
TOKYO: Kerajaan Jepun pada Selasa meluluskan beberapa rang undang-undang untuk meminda undang-undang berkaitan menghendap dan keganasan rumah tangga, dengan tujuan mengehadkan penggunaan tag Bluetooth bagi menjejak lokasi seseorang berikutan peningkatan penyalahgunaan peranti itu, lapor agensi berita Kyodo.
Penggunaan peranti GPS untuk menjejak lokasi tanpa kebenaran diharamkan melalui pindaan undang-undang antimenghendap pada 2021. Namun, penggunaan tag Bluetooth yang biasanya dilekatkan pada barangan berharga bagi membantu pengguna mengesannya, belum lagi dikawal.
Undang-undang antikeganasan rumah tangga juga akan dipinda bagi memastikan penggunaan tag sedemikian turut dilarang di bawah perintah sekatan yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Jika rang undang-undang itu diluluskan dalam sesi khas Parlimen yang sedang berlangsung sehingga 17 Dis ini, ia akan dikuatkuasakan 20 hari selepas diwartakan.
Jumlah penghendap yang menggunakan tag ini melalui telefon pintar meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan 196 insiden dilaporkan pada 2023 dan 370 pada 2024, menurut data daripada Agensi Polis Negara.
Angka bagi 2025 dilaporkan melebihi jumlah tahun sebelumnya.
Pindaan tambahan terhadap undang-undang antimenghendap itu turut membenarkan polis untuk campur tangan tanpa perlu menunggu permintaan daripada mangsa.
Langkah itu diambil susulan kes pembunuhan seorang wanita berusia 20 tahun berhampiran Tokyo tetapi polis gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk melindunginya walaupun mereka sedar yang mangsa sedang dihendap.
Pindaan juga merangkumi peruntukan yang membenarkan polis meminta pihak ketiga, seperti penyiasat persendirian, agar tidak memberikan maklumat peribadi mangsa kepada penghendap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Rang Undang-Undang
#Bluetooth
#menghendap
#stalking
#pindaan undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan