Skip to main content

Malaysia

KPM umum cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri

41768188188_TBFadhlinaSidek.jpg
Fadhlina berkata pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri - Foto fail

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.

Advertisement

Beliau berkata berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis).

“Bagi sekolah dalam Kumpulan B pula, dua hari cuti tambahan diperuntukkan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tambahan cuti tersebut diharapkan dapat memberi ruang mencukupi kepada warga pendidikan membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih teratur.

Fadhlina berkata langkah itu juga selari dengan hasrat KPM untuk terus memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan guru, murid dan ibu bapa.

 

Must Watch Video