awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Mexico harap rundingan perbaharui eksport tomato dengan AS

Agensi
Agensi
15/04/2025
23:40 MYT
Kerajaan Mexico harap rundingan perbaharui eksport tomato dengan AS
Kerajaan Mexico berharap dapat memulakan rundingan dengan Amerika Syarikat untuk memperbaharui perjanjian dua hala mengenai eksport tomato Mexico, yang mana Washington telah menyatakan hasrat untuk menarik diri. - Gambar hiasan Reuters
MEXICO CITY: Kerajaan Mexico berharap dapat memulakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk memperbaharui perjanjian dua hala mengenai eksport tomato Mexico, yang mana Washington telah menyatakan hasrat untuk menarik diri.
Penarikan diri oleh AS itu akan menyebabkan penbayaran duti hampir 20 peratus ke atas kebanyakan eksport tomato Mexico bermula 14 Julai, selepas Jabatan Perdagangan AS memaklumkan, perjanjian tersebut gagal melindungi individu yang menjalankan usaha tomato domestik.
Dalam pada itu, perjanjian yang mengawal selia eksport tomato Mexico ke AS bagi membolehkan pengeluar Amerika bersaing secara adil ini mula dimeterai pada 1996 dan kali terakhir diperbaharui pada 2019 untuk mengelakkan siasatan anti-lambakan serta menamatkan pertikaian tarif.
Menteri Pertanian Mexico, Julio Berdegue dalam sidang media pada Selasa berkata, AS tidak menghantar notis mengenai potensi kenaikan harga kepada kerajaan Mexico, sebaliknya kepada pengeksport tomato.
Tambah beliau, 90 peratus daripada tomato yang dieksport oleh Mexico dihantar ke AS.
Berdasarkan angka rasmi, Mexico menjual tomato bernilai AS$3.339 bilion ke luar negara tahun lalu manakala dalam dua bulan pertama 2025 sahaja, negara itu mengeksport tomato bernilai AS$631.3 juta yang menyaksikan hampir kesemuanya tertumpu ke pasaran AS.
Topic Berkaitan
#AS
#tomato
#Washington
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan