KARACHI (Pakistan): Kerajaan Pakistan berusaha untuk mengharamkan parti bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjarakan, kata menteri penerangan pada Isnin, satu langkah yang berkemungkinan akan meningkatkan lagi krisis politik yang sedang berlaku di negara Asia Selatan itu, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap pada sidang akhbar di ibu negara Islamabad, Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan daripada Kabinet, yang merupakan syarat undang-undang untuk mengharamkan sesebuah parti politik.
"Pakistan dan PTI (Pakistan Tehreek-e-Insaf) tidak boleh maju bersama. Dan beberapa kejadian baru-baru ini telah membuktikan perkara ini," kata Tarar.
"Itulah sebabnya kerajaan akan mengharamkan PTI," tambahnya, sambil berkata proses itu akan dimulakan dalam beberapa hari akan datang.
Beliau menyebut penglibatan PTI dalam serangan ke atas kemudahan ketenteraan pada Mei tahun lalu selepas penahanan singkat Khan dalam kes rasuah, kerana menerima dana "terlarang" dan usahanya yang didakwa untuk mensabotaj perjanjian kerajaan-IMF untuk mewajarkan keputusan itu.
Khan, 72, yang digulingkan melalui undi tidak percaya pada April 2021, kini berada di penjara di bandar garison timur laut Rawalpindi bersama isterinya kerana didakwa terlibat dalam beberapa kes rasuah dan keganasan.
Bekas pemain kriket yang menjadi ahli politik itu telah dibebaskan dalam dua daripada tiga kes yang beliau disabitkan manakala sabitan ketiga masih ditangguhkan.
Menteri penerangan berkata kerajaan juga akan mengemukakan petisyen semakan di hadapan Mahkamah Agung terhadap keputusannya minggu lepas, yang menyatakan PTI layak mendapat kerusi simpanan untuk wanita dan minoriti. Calon-calon yang disokong parti itu memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya 8 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Imran Khan (gambar) kini berada di penjara di bandar garison timur laut Rawalpindi bersama isterinya kerana didakwa terlibat dalam beberapa kes rasuah dan keganasan. - Gambar fail REUTERS
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Bekas PM Pakistan Imran Khan didakwa dalam kes serangan ibu pejabat tentera
Khan dan sekitar 100 pekerja serta pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpinnya, mengaku tidak bersalah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Pembebasan Bushra Bibi disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.
Imran Khan mohon jadi Canselor Universiti Oxford
Sebagai alumni Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat Imran menjadi Canselor, kata partinya.
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.
Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.