awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Thailand harap dapat sambung semula Rundingan Damai di wilayah selatan tidak lama lagi

Bernama
Bernama
06/11/2025
02:40 MYT
Kerajaan Thailand harap dapat sambung semula Rundingan Damai di wilayah selatan tidak lama lagi
Thailand berharap pasukan rundingan damai baharu yang diketuai Jeneral Somsak Rungsita, akan memulakan tugas tidak lama lagi untuk meneruskan usaha menyelesaikan ketegangan di wilayah selatan negara itu, kata Sihasak.
KUALA LUMPUR: Thailand berharap pasukan rundingan damai baharu yang diketuai Jeneral Somsak Rungsita, akan memulakan tugas tidak lama lagi untuk meneruskan usaha menyelesaikan ketegangan di wilayah selatan negara itu.
Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow berkata, meskipun berdepan cabaran, dialog kekal penting untuk mencapai keamanan.
"Beliau (Somsak) memahami isu ini dan berharap pasukan baharu itu dapat memulakan tugas mereka tidak lama lagi, terutamanya rundingan dengan pihak yang melakukan keganasan.
"Rundingan adalah penting," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di sini, baru-baru ini.
Somsak, bekas Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (NSC) dilantik oleh kerajaan Thai awal bulan lalu untuk mengetuai delegasinya bagi rundingan damai dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) selatan Thailand.
Sementara itu, Sihasak berkata, Thailand amat menghargai sumbangan berterusan Malaysia sebagai pemudah cara dalam mempromosikan dialog dan usaha damai di selatan Thailand, menyifatkan sumbangan Kuala Lumpur sebagai penting dalam membantu menyelesaikan konflik yang berlarutan itu.
Beliau menyatakan bahawa menangani konflik selatan memerlukan pendekatan komprehensif yang merangkumi bukan sahaja rundingan damai tetapi juga pembangunan ekonomi untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di rantau itu.
"Kami bekerjasama dengan Malaysia bukan hanya dalam hal rundingan damai, tetapi juga dalam pembangunan kawasan sempadan bersama untuk membawa kemakmuran bersama di kawasan tersebut.
"Pembangunan ekonomi memainkan peranan yang amat penting dalam menyelesaikan situasi di selatan, di samping rundingan damai," katanya.
Menteri Luar itu juga menekankan kepentingan untuk mengiktiraf identiti, budaya, dan sejarah unik rakyat di selatan Thailand, mengatakan bahawa memahami nilai-nilai yang mendalam ini adalah penting untuk mencapai keamanan jangka panjang.
Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai fasilitator proses dialog damai sejak 2013, yang bertujuan untuk menamatkan konflik berdekad lamanya di wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, dan sebahagian Songkhla.
Fasilitator semasa ialah Datuk Mohd Rabin Basir, bekas Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Malaysia yang dilantik pada 1 Julai 2024.
Di tengah-tengah inisiatif yang berterusan, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN berdepan halangan dengan proses rundingan terhenti sejak pertengahan 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#rundingan damai
#Jeneral Somsak Rungsita
#wilayah selatan Thailand
#Sihasak Phuangketkeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan