awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak

Bernama
Bernama
11/05/2025
22:30 MYT
Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Tren Whoosh di laluan Jakarta-Bandung beroperasi setiap 30 minit, manakala perkhidmatan ke dan dari Karawang tersedia setiap jam. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung, di Indonesia, yang dikenali sebagai Whoosh, mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, jumlah tertinggi sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada Oktober 2023, lapor Xinhua.
PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC), konsortium usaha sama antara syarikat Indonesia dan China yang membina dan mengendalikan perkhidmatan itu, pada Ahad memaklumkan Whoosh telah membawa 25,316 penumpang pada Sabtu, mengatasi rekod terdahulu sebanyak 24,350 penumpang yang dicatat pada 27 Jan 2025.
"Sejak mula beroperasi pada Oktober 2023, Whoosh telah mengangkut sejumlah 9.2 juta penumpang. Kami berterima kasih kepada semua yang memilih Whoosh sebagai pengangkutan awam mereka. Pencapaian ini mencerminkan peranan Whoosh yang semakin berkembang sebagai pilihan mobiliti yang pantas, selesa dan moden," kata Eva Chairunisa, pengurus besar setiausaha korporat PT KCIC, dalam satu kenyataan.
Chairunisa berkata peningkatan jumlah penumpang bermula pada Jumaat apabila Whoosh mencatat 22,000 penumpang dalam sehari.
"Rekod jumlah penumpang ini dicapai sempena cuti panjang Hari Wesak. Ramai orang menggunakan Whoosh untuk bercuti bersama keluarga ke destinasi seperti Bandung, Jakarta dan Karawang," tambahnya.
Sejak Februari 2025, KCIC telah mengendalikan 62 perjalanan Whoosh setiap hari. Tren di laluan Jakarta-Bandung beroperasi setiap 30 minit, manakala perkhidmatan ke dan dari Karawang tersedia setiap jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kereta api laju
#Hari Wesak
#Whoosh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami