awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang

Bernama
Bernama
06/02/2026
22:30 MYT
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
Di Yogyakarta, lapan rumah dilaporkan terjejas, selain fasiliti kerajaan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan. - Foto X/Rumah Zakat
JAKARTA: Jumlah mangsa yang cedera akibat gempa bumi bermagnitud 6.4 di luar pesisir Pacitan, Jawa Timur, awal pagi Jumaat meningkat kepada 40 orang, manakala 224 orang terjejas, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).
Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB Abdul Muhari berkata berdasarkan laporan situasi setakat 5 petang, Jumaat, gempa bumi itu memberi kesan kepada tiga wilayah dan lima daerah.
"Di Wilayah Jawa Timur, 29 rumah, sebuah fasiliti pendidikan dan sebuah balai desa terjejas. Di Wilayah Jawa Tengah, 18 rumah, lima fasiliti pendidikan serta masing-masing sebuah rumah ibadat, fasiliti kesihatan dan fasiliti awam dilaporkan terjejas.
"Sementara itu, di Yogyakarta, lapan rumah dilaporkan terjejas, selain fasiliti kerajaan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Abdul Muhari berkata operasi tindak balas kecemasan dan pengumpulan data lanjut masih diteruskan, sambil menjelaskan BNPB sedang menjalankan pemantauan intensif dan penyelarasan dengan Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) di wilayah dan daerah yang terjejas.
Beliau berkata BNPB menyediakan sokongan penyelarasan, memperkukuh sistem arahan tindak balas kecemasan serta memastikan kesiapsiagaan sokongan sumber mengikut keperluan di lapangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Pacitan
#cedera
#BNPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan