Skip to main content

Dunia

Kereta rempuh perarakan Tahun Baharu Lao di Louisiana, 15 cedera

 car crashed into a parade in New Iberia, injuring over 20 people.      At least 5 are in critical condition after the incident during the Louisiana Lao New Year Festival, with a suspected drunk driver involved. - BNO News
Sebanyak 10 ambulans dan dua helikopter perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian. - Foto X/Info Room

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera selepas sebuah kereta merempuh peserta perarakan sempena sambutan Tahun Baharu Lao di Iberia Parish, Louisiana, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu.

Menurut Pejabat Syerif Iberia Parish, beberapa mangsa mengalami kecederaan serius.

Advertisement

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tidak kelihatan sebagai tindakan disengajakan.

“Berdasarkan siasatan awal, insiden ini tidak menunjukkan unsur niat,” kata jurucakap pejabat syerif, Rebecca Melancon, dalam satu kenyataan.

Syarikat perkhidmatan kecemasan Acadian Ambulance memaklumkan bahawa 11 mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans darat, manakala dua lagi dipindahkan melalui helikopter bagi mendapatkan rawatan segera.

Sebanyak 10 ambulans dan dua helikopter perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Insiden itu berlaku di New Iberia, sebuah bandar berpenduduk lebih 28,000 orang yang terletak kira-kira 34 kilometer di selatan Lafayette dan sekitar 214 kilometer barat New Orleans.

Perarakan Festival Tahun Baharu Lao di Louisiana merupakan acara tahunan yang diadakan pada hujung minggu Easter, menampilkan persembahan muzik, gerai makanan serta pertandingan ratu cantik.

Penganjur festival berkata semua sumber keselamatan segera digerakkan ke lokasi selepas kejadian berlaku.

Dalam kenyataan di media sosial, mereka memaklumkan acara muzik pada Sabtu dibatalkan, namun penjaja dibenarkan berniaga sehingga jam 9 malam waktu tempatan.

“Kami amat bersedih dengan kejadian berhampiran kawasan festival dan sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa,” kata penganjur.

Mereka turut menyatakan doa dan sokongan kepada mangsa serta keluarga, dan memaklumkan bahawa hanya acara keagamaan mungkin diteruskan pada Ahad bergantung kepada keadaan keselamatan.

Tahun Baharu Lao lazimnya disambut pada April dan berkait rapat dengan tradisi Buddha, menandakan peralihan musim panas kering kepada musim hujan di Laos.

Louisiana menempatkan komuniti Lao yang kecil tetapi aktif, dengan sebahagian besar menetap di kawasan seperti Lanexang Village di New Iberia, susulan penghijrahan selepas Perang Vietnam dan perubahan politik di Laos pada 1970-an.

 

Must Watch Video