awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes cacar monyet susut satu per lima minggu lalu - WHO

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2022
23:45 MYT
Kes cacar monyet susut satu per lima minggu lalu - WHO
WHO dedahkan cacar monyet kini menular pada kadar yang tinggi di benua Amerika. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Kes cacar monyet susut satu per lima minggu lalu ketika jangkitan di Eropah catat penurunan.
Namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dedahkan cacar monyet kini menular pada kadar yang tinggi di benua Amerika.
Menurut WHO, kebimbangan utama kini adalah penularan di Amerika Latin.
Ia dikaitkan dengan kekurangan pendekatan kesihatan awam dan kesedaran untuk mengawal penularan virus itu.
Sejak Mei, penularan cacar monyet dilaporkan di luar negara-negara Afrika yang dahulunya hanya endemik.
WHO umum cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam pada 23 Julai lalu.
BACA: Wabak cacar monyet diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global - WHO
Sehingga kini 45,355 kes jangkitan direkodkan dengan 15 kematian di 96 negara.
Selepas catat peningkatan empat minggu berturut-turut, kes cacar monyet menurun 21 peratus minggu lalu, berbanding tujuh hari sebelumnya.
Di Eropah, jangkitan semakin perlahan kerana wujud pendekatan kesihatan awam seperti vaksinasi dan perubahan sikap, yang membantu mengekang penularan.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#WHO
#benua Amerika
#penularan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan