awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19, India catat rekod global baharu

Bernama
Bernama
06/05/2021
08:07 MYT
Kes COVID-19, India catat rekod global baharu
Seorang saintis terkemuka India pada Rabu memberi amaran bahawa gelombang ketiga adalah sesuatu yang "tidak dapat dielakkan". - Gambar fail
NEW DELHI: India mencatat rekod global baharu pada Khamis selepas melaporkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 412,262 dalam tempoh sehari, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Kementerian Kesihatan jumlah keseluruhan kes setakat ini melebihi 21 juta manakala 3,980 lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan mencecah 230,168 orang.
Ini kali kedua kes harian melebihi 400,000. Sabtu lalu, India mencatatkan 401,993 jangkitan harian.
Seorang saintis terkemuka India pada Rabu memberi amaran bahawa gelombang ketiga adalah sesuatu yang "tidak dapat dielakkan".
Perdana Menteri Narendra Modi, yang berdepan kritikan kerana didakwa gagal menguruskan gelombang kedua, telah mengumumkan lebih banyak langkah untuk menangani situasi tersebut.
Ketika lonjakan jumlah kes yang mendadak, terdapat banyak permintaan untuk sekatan pergerakan di seluruh negara diambil untuk menghentikan penularan.
"Tidak ada pilihan lain selain mengenakan sekatan pergerakan secara menyeluruh untuk memutuskan rantaian jangkitan.
"Benar, sekatan pergerakan akan menjurus kepada lebih banyak kesulitan ekonomi, tetapi kita tiada pillihan. Dengan kes yang semakin meningkat, menunjukkan kita tidak bersedia menghadapi lonjakan kali ini," kata ahli pulmonologi, Dr Digambar Behera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#COVID-19
#Narendra Modi
#rekod dunia
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan