awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jenayah fizikal di Singapura meningkat pada separuh pertama 2025

Bernama
Bernama
26/08/2025
14:45 MYT
Kes jenayah fizikal di Singapura meningkat pada separuh pertama 2025
SPF menyatakan bahawa kecurian kedai, mencabul kehormatan dan kecurian dalam kediaman merupakan antara jenayah utama yang membimbangkan. - Gambar hiasan/Freepik
SINGAPURA: Jumlah kes jenayah fizikal yang dilaporkan di Singapura meningkat 5.4 peratus kepada 10,341 pada separuh pertama tahun ini berbanding 9,809 dalam tempoh sama 2024, menurut polis.
Pasukan Polis Singapura (SPF), dalam Taklimat Jenayah Pertengahan Tahun yang dikeluarkan pada Selasa, menyatakan bahawa kecurian kedai, mencabul kehormatan dan kecurian dalam kediaman merupakan antara jenayah utama yang membimbangkan.
SPF berkata ketiga-tiga jenayah itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Walaupun jumlah kes mengintai menurun 2.3 peratus kepada 252 kes pada separuh pertama 2025 daripada 258 dalam tempoh sama 2024, ia masih merupakan jenayah yang membimbangkan dan menyumbang 2.4 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal," menurut kenyataan itu.
Polis berkata kes kecurian kedai, yang meningkat 4.2 peratus kepada 2,097 kes dalam tempoh berkenaan dan merangkumi 20.3 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal, kekal sebagai satu kesalahan utama yang dilakukan oleh golongan belia.
Sementara itu, jumlah kes mencabul kehormatan meningkat 21.2 peratus kepada 807 kes berbanding 666 dalam tempoh sama tahun lepas, menyumbang 7.8 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal.
SPF turut memaklumkan terdapat peningkatan kes mencabul kehormatan yang berlaku dalam rangkaian pengangkutan awam serta di laluan pejalan kaki.
"SPF akan terus bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam dan rakan kongsi, termasuk SBS Transit, SMRT Corporation, Lembaga Pengangkutan Darat serta Majlis Pencegahan Jenayah Nasional (NCPC), untuk menyebarkan nasihat jenayah dalam rangkaian pengangkutan awam," katanya.
Selain itu, jumlah kes kecurian dalam kediaman meningkat 5.9 peratus kepada 788 kes dalam tempoh berkenaan, iaitu 7.6 peratus daripada keseluruhan kes jenayah fizikal di negara itu.
Polis berkata peningkatan itu dapat dilihat di kebanyakan jenis premis, khususnya di premis komersial dan asrama pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat komersial
#kes jenayah fizikal
#pengangkutan awam
#rakan kongsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan