Skip to main content

Dunia

Kes kedua hantavirus disahkan susulan tiga kematian di kapal persiaran

The MV Hondius cruise ship is anchored at a port in Praia, Cape Verde, Monday, May 4, 2026. (AP Photo/Arilson Almeida)
MV Hondius kini berlabuh di luar pantai Cape Verde dengan 149 individu dari 23 negara berada di atas kapal. - Foto AP

LONDON: Dua kes hantavirus telah disahkan selepas tiga individu meninggal dunia dan seorang warga Britain berada dalam keadaan kritikal susulan wabak yang disyaki berlaku di sebuah kapal persiaran di Lautan Atlantik.

Pengendali kapal MV Hondius, Oceanwide Expeditions, memaklumkan mangsa yang maut terdiri daripada sepasang suami isteri warga Belanda serta seorang warga Jerman. Hantavirus disahkan menjangkiti wanita Belanda yang meninggal dunia dan seorang warga Britain berusia 69 tahun yang kini dirawat di unit rawatan rapi di Afrika Selatan.

Advertisement

Punca kematian dua lagi penumpang masih dalam siasatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata lima lagi kes disyaki sedang disiasat berkaitan kejadian itu.

MV Hondius kini berlabuh di luar pantai Cape Verde dengan 149 individu dari 23 negara berada di atas kapal.

Dua anak kapal, seorang warga Britain dan seorang warga Belanda, turut mengalami gejala pernafasan serius dan sedang menunggu pemindahan perubatan.

Hantavirus lazimnya merebak melalui sentuhan dengan tikus dijangkiti dan jarang menular antara manusia.

WHO menegaskan risiko kepada orang awam kekal rendah dan tiada keperluan untuk sekatan perjalanan.

Pihak berkuasa Belanda sedang membuat persiapan untuk memindahkan beberapa individu bagi rawatan lanjut, manakala Cape Verde tidak membenarkan penumpang turun bagi melindungi penduduk tempatan.

 

Must Watch Video