Skip to main content

Dunia

WHO pantau kes hantavirus di kapal persiaran luar pantai Afrika Barat

This undated photo provided by Oceanwide Expeditions shows the m/v Hondius, a Polar Class 6 passenger vessel, at sea. (Oceanwide Expeditions via AP)
Semua penumpang diarahkan kekal di dalam kabin masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang potensi penularan virus. - Foto AP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin mengeluarkan kenyataan berhubung hantavirus susulan kes disyaki wabak di sebuah kapal persiaran mewah yang ditahan di perairan luar pantai Afrika Barat.

Pengarah Kesiapsiagaan Epidemik dan Pandemik WHO, Maria Van Kerkhove, berkata WHO sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Cape Verde dan Belanda, serta pengendali kapal berkenaan, untuk memindahkan dua individu yang dilaporkan sakit di atas kapal itu.

Advertisement

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 150 penumpang masih berada di atas kapal selepas tiga individu, sepasang suami isteri warga Belanda dan seorang warga Jerman, meninggal dunia, manakala beberapa yang lain jatuh sakit.

Seorang penumpang warga Britain dilaporkan telah meninggalkan kapal dan kini menerima rawatan di Afrika Selatan.

Van Kerkhove menegaskan bahawa risiko jangkitan kepada orang awam adalah rendah, sambil menjelaskan hantavirus lazimnya merebak melalui sentuhan dengan tikus yang dijangkiti, atau air kencing, najis dan air liurnya.

Jurucakap kepada pengendali kapal yang berpangkalan di Belanda, Oceanwide Expeditions, berkata semua penumpang diarahkan kekal di dalam kabin masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang potensi penularan virus.

Walaupun penularan dari manusia ke manusia jarang berlaku, tempoh inkubasi hantavirus boleh mengambil masa beberapa minggu, bermakna sebahagian individu mungkin belum menunjukkan sebarang simptom.

 

Must Watch Video