awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes radang paru-paru mycoplasma di Jepun catat rekod tertinggi minggu ke-3 berturut-turut

Bernama
Bernama
22/10/2024
15:06 MYT
Kes radang paru-paru mycoplasma di Jepun catat rekod tertinggi minggu ke-3 berturut-turut
Mengikut wilayah, Fukui mencatat purata tertinggi dengan 5.67 pesakit bagi setiap institusi yang diselidiki, diikuti Aichi dengan lima dan Kyoto dengan 4.29. - Gambar hiasan/Reuters
TOKYO: Kes radang paru-paru mycoplasma, penyakit pernafasan yang disebabkan oleh bakteria, mencatat rekod tertinggi selama tiga minggu berturut-turut di Jepun, lapor media tempatan pada Selasa, menurut Xinhua.
Dalam tempoh tujuh hari sehingga 13 Oktober, purata bilangan kes dilaporkan oleh kira-kira 500 institusi perubatan di seluruh negara adalah 1.95 kes setiap institusi, menurut laporan penyiar awam NHK, yang memetik data daripada Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan.
Angka itu menandakan peningkatan selama tujuh minggu berturut-turut dan merupakan jumlah mingguan tertinggi sejak kaedah pelaporan semasa diperkenalkan pada 1999.
Mengikut wilayah, Fukui mencatat purata tertinggi dengan 5.67 pesakit bagi setiap institusi yang diselidiki, diikuti Aichi dengan lima dan Kyoto dengan 4.29, menurut laporan itu.
Jangkitan pernafasan ini, yang disebabkan oleh bakteria mycoplasma pneumonia, merebak melalui titisan yang dilepaskan ke udara semasa bersin dan batuk, menyebabkan gejala seperti demam, batuk, keletihan, serta sakit kepala.
Batuk boleh berlarutan selama beberapa minggu dalam sesetengah kes, dengan beberapa pesakit memerlukan rawatan di hospital akibat radang paru-paru yang teruk atau kelemahan fizikal, tambah laporan itu.
Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran, jumlah pesakit dijangka kekal tinggi kerana penyakit ini lebih mudah merebak pada musim sejuk, dan menekankan kepentingan langkah pencegahan asas seperti mencuci tangan dan memakai pelitup muka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#radang paru-paru
#penyakit pernafasan
#mycoplasma
#Bakteria
#kesihatan
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan