Kes tembakan Florida: 'Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?'

Simcha Levy, 14, dia tidak menyangka kanak-kanak seusianya yang datang ke sekolah untuk belajar perlu jadi korban serangan sedemikian.

Suspek Nicolas Cruz (gambar) didakwa atas 17 pertuduhan bunuh. -  REUTERS | Astro Awani
Jasad Jaime Guttenberg, 14 tahun, salah seorang mangsa yang maut dalam serangan senjata api di Marjory Stoneman Douglas High School, Parkland disemadikan pada Ahad.

Majlis berlangsung di sebuah hotel di Parkland, Florida dihadiri bukan hanya anggota keluarga dan sahabat handai mangsa malah juga orang awam.

Menurut salah seorang yang hadir, Simcha Levy, dia tidak menyangka kanak-kanak seusianya yang datang ke sekolah untuk belajar perlu jadi korban serangan sedemikian.

"Usianya dan saya hampir sebaya, saya 13 dan dia 14 dan dia tidak sepatutnya mati dengan cara begitu," kata Levy sejurus majlis berakhir.

Levy yang tinggal sekitar 40 minit dari rumah Guttenberg tidak mengenali mendiang tetapi datang ke majlis berkenaan bersama ibu dan abangnya bagi memberi penghormatan terakhir.

BACA: 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida