awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesal curi sandwic, Ahli Parlimen Slovenia letak jawatan

Agensi
Agensi
15/02/2019
07:56 MYT
Kesal curi sandwic, Ahli Parlimen Slovenia letak jawatan
Darij Krajcic memberi alasan dia tidak dilayan dan memutuskan untuk menguji kecekapan keselamatan di kedai itu. - Facebook/@darij krajcic
SEORANG Ahli Parlimen Slovenia meletak jawatan selepas mencuri sandwic dari sebuah kedai di Ljubljana.
Darij Krajcic memberi alasan dia tidak dilayan dan memutuskan untuk menguji kecekapan keselamatan di kedai itu dan berjalan keluar tanpa membuat bayaran.
Insiden itu tidak disedari tetapi ahli parti Marjan Sarec List (LMS) itu kemudiannya kembali ke kedai itu untuk membayar harga sandwic tersebut.
Krajcic telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan dia menyesal dengan 'eksperimen sosial' itu, lapor BBC.
Krajcic membuat pengumuman dan permohonan maaf itu ketika mesyuarat jawatankuasa parti, Rabu lalu.
"Saya berdiri kira-kira tiga minit di kaunter tetapi tiada siapa yang datang melayan," kata bekas profesor berusia 54 tahun itu kepada saluran TV swasta, POP.
Menurutnya, tiga pekerja yang berada dalam kedai tidak perasan akan kehadirannya kerana mereka sibuk berbual sesama mereka.
"Tiada siapa yang mengejar saya, tidak ada yang berteriak ketika saya keluar," katanya.
Biarpun ahli parti itu rata-ratanya tidak kisah dengan apa yang dilakukan Krajcic, namun dia membuat keputusan meletak jawatan pada Khamis.
"Dia mengambil tanggungjawab atas tindakannya dan meletakkan jawatannya secara sukarela," kata wakil LMS, Brane Golubovic.
Topic Berkaitan
#curi
#Darij Krajcic
#letak jawatan
#Ljubljana
#Marjan Sarec List
#Parlimen
#slovenia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan