awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kesan 109 kes, lima kematian hepatitis akut

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2022
23:20 MYT
AS kesan 109 kes, lima kematian hepatitis akut
CDC sedang menyiasat sama ada jangkitan COVID-19 mungkin memainkan peranan, serta pendedahan kepada patogen lain, ubat-ubatan dan haiwan. - Foto REUTERS
AMERIKA SYARIKAT mengesan 109 kes hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya terhadap kanak-kanak termasuk lima kematian akibat penyakit itu.
Pegawai kesihatan mengemas kini amaran seluruh negara yang dikeluarkan pada April untuk doktor berwaspada terhadap kes seperti itu.
Timbalan Pengarah Penyakit Berjangkit di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Jay Butler berkata, kes itu telah dikenal pasti sejak tujuh bulan lalu di 25 negeri dan wilayah.
14 daripada kanak-kanak itu memerlukan pemindahan hati.
Menurut Butler, kira-kira separuh daripada 109 kanak-kanak yang didiagnosis dengan hepatitis juga dijangkiti sejenis adenovirus, virus yang menyebabkan selesema biasa.
Bagaimanapun agensi itu masih menyiasat punca sebenar penyakit itu.
CDC sedang menyiasat sama ada jangkitan COVID-19 mungkin memainkan peranan, serta pendedahan kepada patogen lain, ubat-ubatan dan haiwan.
Berbanding dengan kadar prapandemik, agensi itu berkata ia tidak melihat peningkatan keseluruhan dalam kejadian hepatitis akut pada kanak-kanak.
Kemas kini itu menyusul penyiasatan di Amerika Syarikat dan Eropah tentang kes hepatitis akut pada kanak-kanak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) awal minggu ini berkata ia telah menerima laporan sekurang-kurangnya 228 kes berkemungkinan dari 20 negara dengan lebih 50 kes tambahan dalam siasatan.
CDC berkata ia sedang bekerjasama dengan rakan sejawat di Eropah untuk memahami punca jangkitan yang boleh menyebabkan kerosakan hati dan membawa kepada kegagalan organ itu.
Topic Berkaitan
#hepatitis akut
#Kanak-kanak
#hati
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan