awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2023
01:30 MYT
Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan
Antara pekerja yang berjaya diselamatkan dari dalam terowong yang runtuh di India. - Foto AP
UTTARAKHAND: Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan selepas 17 hari terperangkap dalam runtuhan.
Menurut Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami, kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.
Misi mencari dan menyelamat yang sukar itu mengambil masa 17 hari untuk menggerudi kawasan tapak runtuhan terowong berkenaan.
Selain itu, tiada amangsa yang mengalami kecederaan serius, malah ada dalam kalangan mereka yang masih mampu merangkak keluar dari terowong ketika misi menyelamat dilakukan.
Dalam pada itu, kesemua mangsa juga turut diberikan wang pampasan bernilai 100,000 rupee oleh kerajaan India.
Difahamkan, mereka terperangkap sejak 12 November lalu apabila bahagian terowong di Uttarakhand di utara India runtuh menghalang satu-satunya pintu keluar.
Misi menyelamat juga terpaksa diberhentikan beberapa kali sususlan keadaan cuaca dan bentuk muka bumi kawasan yang berisiko.
Terowong berkenaan adalah sebahagian daripada laluan Lebuhraya Char Dham cetusan idea Perdana Menteri India Narendra Modi.
Ia merupakan sebuah projek paling kontroversi untuk dinaik taraf dengan anggaran kos jutaan dolar yang bakal menjadi rangkaian pengangkutan terpenting negara itu.
Topic Berkaitan
#terowong
#runtuhan
#Pushkar Singh Dhami
#Lebuhraya Char Dham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan