PENANGAN anak kecil, walaupun berstatus diraja, Putera William nampaknya tidak lari daripada rutin seperti kebanyakan ibu bapa lain iaitu berjaga malam.

Ini dapat dilihat ketika beliau menghadiri upacara Hari Anzac pada Rabu yang mana Putera William nampaknya cuba menahan mata daripada tertidur.

Gelagat Duke of Cambridge di upacara yang turut dihadiri bersama Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle itu mendapat perhatian netizen.

Ramai ibu bapa yang bersimpati malah merasai kesukaran yang dialami Putera William.

Malah ada yang berpendapat, sepatutnya Putera William diberi waktu cuti yang cukup dan terlalu awal untuk beliau kembali bekerja.






Pada 23 April lalu, isteri William, Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram di Hospital St Mary.