awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesilapan kelajuan berlepas punca nahas pesawat di Nepal

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2025
09:30 MYT
Kesilapan kelajuan berlepas punca nahas pesawat di Nepal
Panel siasatan kerajaan Nepal mendapati nahas pesawat Saurya Airlines pada Julai 2024 berpunca daripada maklumat kelajuan berlepas yang salah dalam dokumentasi penerbangan. -Gambar fail/Reuters
KATHMANDU: Panel siasatan dilantik kerajaan Nepal mendedahkan nahas pesawat Saurya Airlines pada Julai 2024 yang meragut 18 nyawa berpunca daripada maklumat kelajuan berlepas yang salah dalam dokumentasi penerbangan, lapor Reuters.

Ringkasan AI
  • Panel siasatan kerajaan Nepal mendapati nahas pesawat Saurya Airlines pada Julai 2024 berpunca daripada maklumat kelajuan berlepas yang salah dalam dokumentasi penerbangan.
  • Pesawat mengalami deep stall akibat kadar pitch terlalu tinggi pada kelajuan rendah, ditambah dengan kecuaian dalam pengendalian kargo yang mungkin menyebabkan ketidakseimbangan berat.
  • Laporan menggesa semakan semula kad kelajuan dan prosedur kargo, serta penilaian semula kelulusan penerbangan tidak berjadual oleh CAAN, dengan Saurya Airlines berjanji akan patuhi cadangan panel.

Pesawat jenis CRJ-200LR itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu menuju ke Pokhara, menyebabkan 17 penumpang dan seorang pembantu juruterbang terbunuh.
Hanya kapten pesawat terselamat, dipercayai kerana kokpit tersekat pada sebuah kontena semasa impak.
Laporan siasatan menyatakan bahawa pesawat mengalami “deep stall” ketika berlepas akibat kadar pitch (putaran muncung pesawat) yang terlalu cepat pada kelajuan putaran yang lebih rendah daripada optimum.
Kesilapan dalam kad kelajuan — dokumen penting yang mengandungi maklumat kelajuan semasa berlepas, pendakian dan pendaratan — tidak dikesan lebih awal dan syarikat penerbangan gagal menangani insiden kadar pitch tinggi yang pernah berlaku sebelum ini.
Panel turut mendapati berlaku kecuaian serius dan ketidakpatuhan dalam pengendalian kargo dan bagasi, yang mungkin menyumbang kepada ketidakseimbangan berat pesawat.
Laporan mengesyorkan agar semua pengendali menyemak semula kad kelajuan mereka dan mematuhi prosedur pengendalian kargo dengan ketat.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN) diminta menilai semula prosedur kelulusan penerbangan tidak berjadual.
Jurucakap CAAN enggan mengulas kerana belum meneliti laporan tersebut.
Pengurus operasi Saurya Airlines, Bivechan Khanal, berkata syarikat akan melaksanakan semua cadangan panel siasatan.
Nahas ini sekali lagi menyorot rekod keselamatan penerbangan Nepal yang lemah, dengan Kesatuan Eropah masih mengekalkan larangan terhadap syarikat penerbangan Nepal daripada memasuki ruang udara Eropah sejak 2013.
Topic Berkaitan
#Nepal
#Saurya Airlines
#Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan
#kesilapan maklumat kelajuan berlepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan