BANGKOK: Thailand setakat ini sudah mencapai sasaran dari segi ketibaan pelancong pada 2022 apabila lebih 11.5 juta pelawat asing mengunjungi negara itu.
Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn berkata sektor pelancongan diunjurkan menjana hasil 1.5 trilion baht (100 baht =RM12.76) atau pada 50 peratus daripada paras pascapandemik pada 2019.
"Kedatangan semula pelancong asing dan pemulihan pelancongan domestik sejak cuti panjang hujung dan kempen rangsangan pelancongan telah membantu (mencapai sasaran ketibaan pelancong)," katanya dalam satu kenyataan.
Yuthasak berkata TAT juga menjangkakan 3.14 juta perjalanan domestik ketika Tahun Baharu antara Disember hingga 2 Jan yang dijangka menjana hasil sebanyak 11.2 bilion baht.
Thailand, satu daripada destinasi pelancongan paling popular di Asia, dikunjungi hampir 40 juta pelawat pada 2019.
Bagaimanapun, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik COVID-19 yang memaksa Thailand memperkenalkan syarat kemasukan ketat dan kos yang tinggi.
Untuk 2023, Thailand bersedia menyambut sekurang-kurangnya 20 juta pelancong dan dijangka menjana pendapatan sebanyak 2.38 trilion baht (AS$64.5 bilion).
Menteri Kewangan Arkhom Termpittayapaisith berkata jumlah ketibaan pelancong akan bertambah ramai dengan kedatangan semula pelancong dari China.
Sementara itu, TAT mengumumkan akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu "Amazing Thailand Countdown 2023" di Bangkok dan Songkhla serta di beberapa wilayah lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022
Thailand, satu daripada destinasi pelancongan paling popular di Asia, dikunjungi hampir 40 juta pelawat pada 2019. - Foto BERNAMA
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.