awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Hak Asasi PBB kecam serangan Israel di Doha, gesa tindakan antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2025
09:40 MYT
Ketua Hak Asasi PBB kecam serangan Israel di Doha, gesa tindakan antarabangsa
Turk (foto) menyifatkannya sebagai pelanggaran mengejutkan terhadap undang-undang antarabangsa dan serangan terhadap keamanan serantau. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, mengecam keras serangan Israel ke atas delegasi Hamas di Doha, Qatar minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Pesuruhjaya Tinggi PBB, Volker Turk, mengecam serangan Israel ke atas delegasi Hamas di Doha sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ancaman terhadap keamanan serantau.
  • Serangan pada 9 Sept menyebabkan lima kematian dan menjejaskan proses rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung di Qatar.
  • Turk menggesa negara anggota dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB agar turut mengecam tindakan Israel secara terbuka demi mempertahankan integriti mediasi global.

Turk, dalam perbahasan tergempar di Majlis Hak Asasi Manusia PBB, menyifatkannya sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan serangan terhadap keamanan serantau.
Tambah Turk, tindakan Israel bukan sahaja menggugat kestabilan rantau Asia Barat, malah menjejaskan integriti proses rundingan dan usaha damai global.
“Serangan ini adalah pelanggaran mengejut terhadap undang-undang antarabangsa, satu serangan terhadap keamanan dan kestabilan serantau, serta tamparan terhadap integriti proses mediasi dan rundingan di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan rasmi kepada majlis tersebut.
Turk turut menggesa semua negara anggota dan Majlis Hak Asasi Manusia agar turut mengecam tindakan tersebut secara terbuka.
“Sehubungan itu, saya mengecam tindakan ini dan menyeru majlis ini serta semua kerajaan agar turut mengambil langkah sama,” tegas beliau.
Serangan pada 9 Sept itu dilaporkan menyasarkan delegasi Hamas yang berada di Doha untuk membincangkan pelan gencatan senjata yang dicadangkan Amerika Syarikat.
Walaupun pemimpin utama seperti Khalil al-Hayya terselamat, lima anggota dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.
Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa itu, namun sebelum ini menegaskan bahawa tindakan ketenteraan adalah sebahagian daripada usaha membanteras Hamas.
Turk turut memberi amaran bahawa tindakan seperti ini boleh menjejaskan peranan Qatar sebagai perantara utama dalam konflik Gaza dan mencetuskan ketegangan diplomatik lebih luas.
Topic Berkaitan
#Pesuruhjaya Tinggi PBB
#Volker Turk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami