awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia

Bernama
Bernama
01/02/2026
10:26 MYT
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Guterres berkata, ketegangan kembali memuncak dan laporan pertempuran telah menyumbang kepada keadaan keselamatan yang semakin meruncing. - Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu memberi amaran terhadap peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia, sambil menggesa semua pihak supaya menahan diri dan menyelesaikan perbezaan melalui dialog aman serta langkah-langkah yang bertujuan untuk membina semula kepercayaan, lapor Xinhua.
Setiausaha Agung sedang mengikuti rapat perkembangan di Tigray, selepas ketegangan kembali memuncak dan laporan pertempuran telah menyumbang kepada keadaan keselamatan yang semakin meruncing, kata timbalan jurucakapnya Farhan Haq dalam kenyataan.
Guterres "amat bimbang tentang kesan potensi terhadap orang awam dan risiko kembalinya konflik lebih meluas di wilayah yang masih berusaha untuk membina semula dan pulih," kata Haq.
Ketua PBB itu menggesa pelaksanaan penuh Perjanjian Penghentian Permusuhan Kekal dan menekankan kepentingan melindungi pencapaian yang telah dicapai sejak 2022.
Beliau mengulangi kesediaan PBB untuk bekerjasama dengan Kesatuan Afrika (AU) dan rakan kongsi serantau bagi membantu mengukuhkan keamanan.
Wilayah Tigray merupakan pusat konflik selama dua tahun antara tentera bersekutu kerajaan persekutuan Ethiopia dan pasukan yang setia kepada Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF), yang menyebabkan jutaan orang memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
Perjanjian Penghentian Permusuhan Kekal yang diterajui AU telah ditandatangani antara kerajaan persekutuan Ethiopia dan TPLF pada November 2022 di Pretoria, Afrika Selatan, sekali gus mengakhiri konflik maut itu.
Laporan pertempuran di beberapa bahagian wilayah Tigray dalam beberapa hari kebelakangan ini telah mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berulangnya konflik yang lebih luas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketegangan
#konflik
#ethiopia
#PBB
#antionio guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan