awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB sambut baik perjanjian gencatan senjata India-Pakistan

Bernama
Bernama
11/05/2025
13:43 MYT
Ketua PBB sambut baik perjanjian gencatan senjata India-Pakistan
Antonio Guterres berharap perjanjian itu akan menyumbang kepada keamanan yang berkekalan dan mewujudkan suasana yang kondusif. - Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara India dan Pakistan, lapor Xinhua.
"Setiausaha Agung menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara India dan Pakistan sebagai langkah positif ke arah menamatkan permusuhan semasa dan meredakan ketegangan," kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
"Beliau berharap perjanjian itu akan menyumbang kepada keamanan yang berkekalan dan mewujudkan suasana yang kondusif bagi menangani isu-isu utama yang telah lama berlarutan antara kedua-dua negara," tambah Dujarric.
Jurucakap itu turut menyatakan bahawa PBB bersedia menyokong sebarang usaha yang bertujuan mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.
India dan Pakistan pada Sabtu mengumumkan perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa serta-merta selepas beberapa hari melancarkan serangan ketenteraan antara satu sama lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#PBB
#perjanjian
#gencatan senjata
#India
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan