Skip to main content

Dunia

Ketua PBB: Selatan Lubnan boleh jadi tanah tandus akibat serangan Israel

United Nations Secretary-General Antonio Guterres attends a press conference, following an escalation between Hezbollah and Israel amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Beirut, Lebanon, March 14, 2026. REUTERS/Mohamed Azakir
Guterres bercakap pada sidang media susulan peningkatan krisis antara Hizbullah dan Israel di tengah-tengah konflik AS-Israel dengan Iran, di Beirut, Lubnan, 14 Mac, 2026. REUTERS

BEIRUT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu menyuarakan kebimbangan bahawa selatan Lubnan boleh bertukar menjadi tanah tandus akibat serangan Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Guterres memberi amaran bahawa negara itu sedang menyaksikan kemusnahan meluas ketika sidang media di ibu negara Lubnan, Beirut, pada akhir lawatannya.

Advertisement

Menurut beliau, selatan Lubnan boleh bertukar menjadi landskap tandus, manakala kawasan pinggir bandar selatan Beirut pula berdepan risiko pengeboman berterusan serta kemungkinan kemusnahan sepenuhnya.

Guterres tiba di Beirut pada Jumaat apabila beliau melancarkan rayuan kemanusiaan segera bernilai lebih daripada US$308 juta bagi menyokong rakyat Lubnan.

Beliau berkata satu-satunya penyelesaian ialah melalui diplomasi dan dialog, sambil menggesa agar pengeboman dan permusuhan dihentikan.

-- BERNAMA-WAFA

 

 

Must Watch Video