awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua pembangkang India Rahul Gandhi buat rayuan terhadap kes fitnah

Bernama
Bernama
03/04/2023
12:26 MYT
Ketua pembangkang India Rahul Gandhi buat rayuan terhadap kes fitnah
Rahul, yang merupakan ahli parti Kongres dijatuhkan hukuman penjara dua tahun bulan lalu selepas didapati bersalah memfitnah dalam kenyataan kempen yang dibuat pada 2019. - Reuters
NEW DELHI: Ketua pembangkang India Rahul Gandhi pada Isnin membuat rayuan terhadap sabitan fitnah baru-baru ini, yang menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimennya.
Mahkamah membenarkannya diikat jamin dan akan mendengar petisyennya pada 13 April, lapor media tempatan.
Rahul, yang merupakan ahli parti Kongres dijatuhkan hukuman penjara dua tahun bulan lalu selepas didapati bersalah memfitnah dalam kenyataan kempen yang dibuat pada 2019.
Pemimpin parti kongres itu didakwa berkata, beliau tertanya-tanya bagaimana "semua penyamun ada perkataan Modi dalam nama keluarga" mereka.
Dalam ucapannya, beliau merujuk kepada Perdana Menteri Narendra Modi, taikun berlian Nirav Modi dan bekas ketua Liga Perdana India (IPL) Lalit Modi.
Aduan terhadap pemimpin pembangkang itu dibuat oleh Purnesh Modi, bekas menteri Gujerat dan Ahli Parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP).
Keanggotaan parlimen ahli politik berusia 52 tahun itu telah ditamatkan dan beliau diminta mengosongkan kediaman rasminya di New Delhi berikutan sabitan itu.
Rahul adalah pengkritik hebat kerajaan BJP dan dilihat sebagai pencabar utama Modi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rahul Gandhi
#Ketua Pembangkang
#India
#politik
#kes fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan