awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pengarah WHO: Hampir tiada perkhidmatan kesihatan di utara Gaza

Bernama
Bernama
11/10/2024
14:46 MYT
Ketua Pengarah WHO: Hampir tiada perkhidmatan kesihatan di utara Gaza
Ghebreyesus berkata dua misi WHO ke utara Gaza disekat dan ditolak lagi oleh pendudukan Israel. - Gambar fail/Salvatore Di Nolfi/Keystone via AP
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengumumkan bahawa hampir tiada perkhidmatan kesihatan yang masih berfungsi di utara Gaza, ketika Israel terus menyekat misi bantuan daripada memasuki wilayah itu.
Menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), Ghebreyesus berkata dua misi WHO ke utara Gaza disekat dan ditolak lagi oleh pendudukan Israel.
"Kami menggesa Israel supaya menghentikan arahan pemindahan dan melindungi hospital," katanya.
"Utara Gaza hampir tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan lagi. Penduduk tiada tempat untuk pergi," katanya dalam satu hantaran di platform X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Beliau turut menggesa Israel untuk memudahkan misi kemanusiaan, sambil menyatakan: "Nyawa bergantung kepada tindakan ini."
Ketua Pengarah WHO itu juga menyeru Israel untuk berusaha ke arah gencatan senjata. "Semua orang yang terperangkap dalam konflik ini memerlukan keamanan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#misi kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan