awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Wagner Yevgeny Prigozhin 'berkemungkinan tinggi' maut - Perisik Britain

Bernama
Bernama
25/08/2023
10:44 MYT
Ketua Wagner Yevgeny Prigozhin 'berkemungkinan tinggi' maut - Perisik Britain
Kematian Prigozhin akan memberi "kesan yang sangat merosakkan" kepada pasukan tentera swasta Wagner, kata Kementerian Pertahanan Britain. - Foto AP
LONDON: Perisik Britain telah memberi pandangan mengenai senario melibatkan ketua kumpulan tentera upahan Wagner Yevgeny Prigozhin yang dipercayai maut dalam nahas sebuah pesawat pada Rabu.
"Belum ada bukti kukuh Prigozhin berada dalam jet dan beliau diketahui mengamalkan langkah keselamatan yang luar biasa. Bagaimanapun kemungkinan besar beliau memang sudah meninggal dunia," Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Kementerian Pertahanan Britain sebagai berkata dalam catatan hariannya mengenai perang di platform X, dahulunya Twitter.
Kematian Prigozhin akan memberi "kesan yang sangat merosakkan" kepada pasukan tentera swasta Wagner, menurut kenyataan pada Jumaat.
Kementerian Pertahanan menerbitkan kemas kini mengenai perang pada setiap hari sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022. Moscow menuduh London melakukan kempen penyebaran maklumat palsu.
Presiden Rusia Vladimir Putin secara tidak langsung mengesahkan kematian Prigozhin pada Khamis.
Dalam ucapan penghormatan yang jelas kepada bekas orang kepercayaannya yang rapat - yang pejuangnya memainkan peranan penting dalam pertempuran di Ukraine - Putin menyifatkan Prigozhin sebagai "lelaki berbakat", lapor agensi berita Rusia tetapi berkata beliau telah membuat "kesilapan serius".
Pada Jun, Prigozhin mengetuai tenteranya dalam pemberontakan singkat terhadap pasukan pertahanan di Moscow.
Agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab bagi penerbangan awam, Rosaviatsiya berkata Prigozhin, serta komander tertinggi Wagner Dmitri Utkin, adalah antara 10 orang di dalam pesawat Embraer yang terhempas pada Rabu di Wilayah Tver, kira-kira 300 kilometer barat laut ibu negara Rusia. Ia mengatakan tiada penumpang yang terselamat.
Tiada sebab diberikan untuk nahas maut itu, tetapi spekulasi meluas khususnya selepas Putin berikrar "hukuman yang tidak dapat dielakkan" terhadap pemimpin pemberontakan itu yang dituduhnya melakukan "pengkhianatan".
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Yevgeny Prigozhin
#pesawat terhempas
#ketua Wagner
#Rusia
#perisik Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan