awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kelemahan penyampaian maklumat punca KDEBWM rekod saman tertunggak tertinggi
MALAYSIA
PBT diseru tingkat kecekapan perkhidmatan awam, pacu pembangunan rakyat
BISNES
Malaysia sasar 10,000 pemula niaga tersenarai di 'Startup ASEAN' menjelang hujung tahun - MOSTI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Keutamaan IAEA untuk kembali ke kemudahan nuklear Iran - Grossi

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
09:33 MYT
Sponsor Banner
Keutamaan IAEA untuk kembali ke kemudahan nuklear Iran - Grossi
Grossi menegaskan keutamaan utama adalah memastikan pemeriksa dapat kembali ke kemudahan nuklear Iran untuk menilai kesan serangan ketenteraan terhadap program nuklear negara itu. -Gambar fail
VIENNA: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi menegaskan bahawa keutamaan pihaknya ketika ini ialah memastikan pasukan pemeriksa dapat kembali ke kemudahan nuklear Iran bagi menilai kesan serangan ketenteraan baru-baru ini terhadap program nuklear negara itu.

Ringkasan AI
  • Ketua IAEA, Rafael Grossi menegaskan keutamaan utama adalah memastikan pemeriksa dapat kembali ke kemudahan nuklear Iran untuk menilai kesan serangan ketenteraan terhadap program nuklear negara itu.
  • IAEA perlu menilai tahap kerosakan dan mengesahkan status stok uranium Iran, termasuk uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus, serta memastikan pematuhan terhadap Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT).
  • Grossi menyatakan serangan oleh Israel dan AS hanya menjejaskan program nuklear Iran untuk beberapa bulan dan menyeru penyelesaian jangka panjang, sambil mendedahkan Iran akan mengambil langkah khas untuk melindungi bahan dan peralatan nuklear.

Bercakap kepada media semasa mesyuarat kabinet keselamatan Austria di Vienna, Grossi berkata pihaknya perlu menilai tahap kerosakan terhadap kemudahan pengayaan uranium dan mengesahkan status stok bahan nuklear Iran, termasuk uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus, lapor Al Jazeera.
Grossi turut menyeru agar penyelesaian jangka panjang dicapai berhubung program nuklear Iran, sambil menyatakan bahawa laporan IAEA menunjukkan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat sejak 13 Jun lalu hanya menjejaskan program tersebut untuk tempoh beberapa bulan sahaja.
Beliau mendedahkan bahawa Iran telah menghantar surat kepada IAEA pada 13 Jun, menyatakan akan mengambil langkah khas untuk melindungi bahan dan peralatan nuklear mereka, namun tidak memperincikan maksud sebenar langkah tersebut.
Grossi menegaskan bahawa kehadiran semula pemeriksa IAEA di tapak-tapak nuklear adalah penting bagi memastikan pematuhan terhadap Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT) dan mengelakkan ketegangan lanjut di rantau tersebut.
Topic Berkaitan
#IAEA
#Rafael Grossi
#kemudahan nuklear Iran
#nilai kesan serangan ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami