DUNIA
Kim Yo Jong dakwa Presiden Korea Selatan ‘talam dua muka’

Yo Jong menyifatkan Jae Myung 'talam dua muka’ kerana meneruskan latihan dengan AS ketika berkempen tentang keamanan di semenanjung Korea. - Gambar fail/ Reuters
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Yo Jong mengecam tindakan Korea Selatan yang mengadakan latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, lapor Reuters, pada Rabu,
Ringkasan AI
- Kim Yo Jong mengecam latihan ketenteraan Korea Selatan-AS yang disifatkan sebagai provokasi perang, serta mengkritik Presiden Lee Jae Myung sebagai bersikap talam dua muka kerana bercakap soal keamanan sambil meneruskan latihan tersebut.
- Korea Utara menegaskan keperluan mempercepat pembangunan senjata nuklear sebagai tindak balas terhadap ancaman keselamatan dari latihan bersama itu.
- Walaupun Lee Jae Myung berusaha memperbaiki hubungan dua Korea sejak memegang jawatan, pelawaan damai beliau sering ditolak oleh Pyongyang, meskipun langkah seperti menanggalkan pembesar suara propaganda telah diambil.
“Pada ketika ini, latihan perang pencerobohan Amerika Syarikat-Korea Selatan yang membahayakan keselamatan negara kami sedang dijalankan.
“Namun rejim Lee Jae Myung masih mengulangi retorik lama pendahulunya dengan menyebut ia sebagai ‘latihan pertahanan’. Perkara ini jelas mencerminkan sikap talam dua muka pihak berkuasa di Seoul,” katanya.
Kenyataan adik kepada Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong Un itu disiarkan melalui lidah rasmi negara KCNA pada Selasa.
Sejak memegang jawatan pada Jun lalu, Jae Myung berusaha memperbaiki hubungan antara kedua-dua negara yang secara teknikalnya masih berperang susulan sejak 1950-1953.
Namun media melaporkan Jong Un sering menolak pelawaan daripada presiden Korea Selatan itu.
Minggu ini, Jae Myung mengarahkan Kabinetnya menyediakan pelan pelaksanaan secara berperingkat terhadap perjanjian sedia ada dengan Korea Utara.
Malah Korea Selatan telah mula menanggalkan pembesar suara yang sebelum ini menyiarkan siaran propaganda anti-Korea Utara di sepanjang sempadan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami