Skip to main content

Teknologi

Anthropic dakwa 90 peratus kod syarikat kini ditulis oleh AI

Sumber: AMANZ
Syarikat di sebalik model AI Claude itu memanfaatkan ejen pengaturcaraan mereka sendiri, Claude Code, bagi mengendalikan sebahagian besar penulisan kod dalam operasi harian. -Foto Amanz

SAN FRANCISCO: Syarikat kecerdasan buatan (AI), Anthropic, mendakwa kira-kira 90 peratus kod pengaturcaraan bagi produknya kini dibangunkan menggunakan AI janaan.

Syarikat di sebalik model AI Claude itu memanfaatkan ejen pengaturcaraan mereka sendiri, Claude Code, bagi mengendalikan sebahagian besar penulisan kod dalam operasi harian, lapor Amanz.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Anthropic, angka tersebut mencerminkan perubahan pesat landskap industri pembangunan perisian global.

Sebelum ini, syarikat teknologi lain termasuk Google turut melaporkan perkembangan serupa, namun peratusan yang dinyatakan oleh Anthropic dilihat antara yang tertinggi.

Menerusi pendekatan itu, sebahagian besar tugasan teknikal diserahkan kepada AI, manakala jurutera manusia memberi tumpuan kepada strategi, penilaian serta pemantauan kualiti.

Langkah automasi itu dilihat mempercepat pembangunan produk selain meningkatkan produktiviti tenaga kerja.

Perkembangan ini turut menunjukkan keupayaan model Claude dalam mengendalikan tugas pengaturcaraan yang semakin kompleks dan digunakan secara meluas dalam kalangan pembangun perisian.

Must Watch Video