awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Super Sepanyol: Atletico bermain lebih baik, Real Madrid yang mara
EPL: Arsenal kempunan jarakkan mata, buntu diikat Liverpool
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kira-kira 1,000 pelancong terperangkap di Gunung Everest akibat ribut salji - Laporan

Bernama
Bernama
05/10/2025
15:50 MYT
Kira-kira 1,000 pelancong terperangkap di Gunung Everest akibat ribut salji - Laporan
Kira-kira 1,000 pelancong dilaporkan terperangkap di cerun timur Gunung Everest di Tibet berikutan salji lebat yang menyukarkan usaha menyelamat. - Gambar fail/REUTERS/Purnima Shrestha
BEIJING: Kira-kira 1,000 pelancong dilaporkan terperangkap di cerun timur Gunung Everest di Tibet berikutan salji lebat yang menyukarkan usaha menyelamat, lapor media China pada Ahad menurut Sputnik/RIA Novosti.
Ribut salji terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini bagi awal Oktober dilaporkan bermula pada Sabtu di cerun timur Everest, dengan jarak penglihatan merosot mendadak kepada kurang daripada satu meter, menurut akhbar Sanxiang Dushibao.
Pelancong di Everest Base Camp terperangkap akibat jalan diselaputi ais dan terpaksa berlindung di dalam khemah, menurut laporan itu. Di beberapa kawasan, salji turun begitu lebat sehingga khemah tertimbus sepenuhnya, manakala yak yang membawa bekalan juga tidak dapat bergerak.
Beberapa pelancong berjaya menyelamatkan diri daripada cuaca buruk itu, namun dianggarkan sekitar 1,000 orang masih terperangkap di kawasan pergunungan dan memerlukan bantuan, menurut Sanxiang Dushibao. Sebahagian daripada mereka mengalami hipotermia dan berada dalam keadaan serius, menurut laporan itu lagi.
Pasukan penyelamat tempatan, penduduk kampung serta pemandu gunung profesional kini sedang menuju ke kem berkenaan, namun gangguan komunikasi dan timbunan salji tebal menjadikan operasi menyelamat amat sukar, menurut laporan itu.
Pasukan penyelamat dan penduduk tempatan turut mengerahkan jentera berat untuk membersihkan salji bagi sampai ke kem yang terletak pada ketinggian 4,900 meter (16,000 kaki) dari aras laut, menurut akhbar berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai yang merancang untuk melawat kawasan itu dalam masa terdekat agar menangguhkan perjalanan dan sentiasa mengikuti pengumuman rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Everest
#pelancong terperangkap
#Tibet
#ribut salji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan