awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Arsenal kempunan jarakkan mata, buntu diikat Liverpool

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2026
01:40 MYT
EPL: Arsenal kempunan jarakkan mata, buntu diikat Liverpool
Reaksi pemain kedua-dua pasukan ketika pemain Liverpool Ibrahima Konate bertelingkah dengan pemain Arsenal Gabriel Martinelli dalam perlawanan EPL antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates, London, Britain, 8 Jan 2026. REUTERS
ARSENAL mensia-siakan peluang keemasan untuk mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 menentang Liverpool di Stadium Emirates pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Arsenal gagal mengatasi Liverpool dengan seri 0-0 di Stadium Emirates, tetapi keputusan itu masih membolehkan mereka memimpin tangga Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan enam mata.
  • Kedua pasukan bermain dalam keadaan cuaca buruk akibat Badai Goretti, dengan Liverpool hampir menjaringkan gol menerusi Conor Bradley namun gagal.
  • Liverpool, yang kini tanpa kekalahan dalam 10 perlawanan, kukuh di tangga keempat EPL dengan kelebihan tiga mata berbanding pesaing terdekat bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Walaupun gagal menjaringkan gol di laman sendiri buat kali pertama musim ini, keputusan itu sudah memadai buat The Gunners melebarkan kelebihan kepada enam mata berbanding pencabar terdekat di tangga kedua, Manchester City.
Kegagalan City mencatat kemenangan dalam tiga aksi berturut-turut sepanjang minggu lalu sebenarnya telah membuka ruang luas buat anak buah Mikel Arteta untuk menghampiri gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 22 tahun.
Suasana di Emirates yang gamat sebelum wisel permulaan bagaimanapun bertukar sedikit hambar apabila pertembungan antara juara bertahan dan pasukan pilihan juara itu gagal memenuhi jangkaan.
Kedua-dua pasukan dilihat bergelut dengan keadaan cuaca buruk susulan Badai Goretti yang membawa hujan lebat serta angin kencang, sekali gus menyukarkan corak permainan.
Liverpool, yang merupakan salah satu daripada dua pasukan yang pernah menewaskan Arsenal musim ini, hampir memecah kebuntuan pada babak pertama menerusi Conor Bradley namun rembatannya sekadar menggegar palang gol.
Ia berpunca daripada hantaran ke belakang William Saliba yang hampir memerangkap penjaga gol, David Raya yang sudah tertewas di posisinya, namun nasib menyebelahi tuan rumah apabila lambungan Bradley terkena bahagian bawah palang.
Bersambung babak kedua, The Reds tampil lebih dominan menguasai bola dan kawasan namun ketiadaan tiga tonggak serangan utama merencatkan ketajaman di hadapan gol.
Ketiadaan Alexander Isak dan Hugo Ekitike yang cedera serta Mohamed Salah yang menyertai Piala Negara-Negara Afrika jelas dirasai pelawat.
Ancaman Liverpool hanya hadir menerusi larian deras Jeremie Frimpong yang kerap menguji pertahanan Arsenal, namun gagal melakukan hantaran akhir yang berkesan.
Peluang terbaik pelawat hadir menerusi sepakan percuma Dominik Szoboszlai yang hampir mengulangi jaringan memukau pada pertemuan terdahulu, namun rembatan derasnya tersasar sedikit pada saat akhir.
Di kem tuan rumah, Arteta terpaksa mengeluarkan Viktor Gyokeres selepas satu lagi persembahan kurang bermaya, menyaksikan kemarau jaringan penyerang itu dalam permainan terbuka kini berlanjutan kepada 10 perlawanan.
Arteta cuba mengubah nasib dengan memasukkan tenaga baharu dari bangku simpanan termasuk Gabriel Jesus, Noni Madueke, Eberechi Eze dan Gabriel Martinelli dalam usaha memburu gol kemenangan.
Bagaimanapun, mereka hanya berjaya menguji penjaga gol Liverpool, Alisson Becker pada masa kecederaan menerusi percubaan jarak dekat Jesus dan Martinelli.
Satu mata yang diraih menyaksikan Liverpool kini merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah, sekali gus mengukuhkan cengkaman di tangga keempat dengan kelebihan tiga mata mengatasi Newcastle United dan Manchester United bagi pemburuan slot ke Liga Juara-Juara musim depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Liverpool
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan