Skip to main content

Dunia

Kira-kira 100,000 kanak-kanak Lubnan berisiko tercicir sesi persekolahan baharu - UNICEF

71742216807_UNICEF.jpg
Amaran itu dikeluarkan susulan tinjauan di seluruh negara oleh UNICEF dan Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Lubnan, yang mendapati sektor pendidikan negara mengalami kerosakan meluas akibat konflik terbaharu di Asia Barat. -Gambar fail
Advertisement

BEIRUT: Kira-kira 100,000 kanak-kanak Lubnan berisiko tidak dapat memulakan sesi persekolahan baharu sekiranya sekolah yang rosak akibat perang tidak dibaiki menjelang September, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis.

Amaran itu dikeluarkan susulan tinjauan di seluruh negara oleh UNICEF dan Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Lubnan, yang mendapati sektor pendidikan negara mengalami kerosakan meluas akibat konflik terbaharu di Asia Barat.

 

 

Penilaian itu mengenal pasti 340 institusi pendidikan terjejas termasuk sekolah dan pusat vokasional, dengan 17 daripadanya musnah manakala banyak lagi memerlukan kerja pembaikan besar sebelum dapat dibuka semula dengan selamat.

UNICEF turut memberi amaran bahawa ketiadaan kanak-kanak di sekolah untuk tempoh yang lama boleh meningkatkan risiko seperti buruh kanak-kanak dan perkahwinan awal.

Agensi itu memaklumkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membaik pulih sekolah yang rosak dan memastikan pembelajaran dapat diteruskan, selain menyeru pembiayaan tambahan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement