Kisah tragis menimpa si gadis dikenakan hukuman mati oleh negara Arab Saudi dianggap zalim dan tidak berperikemanusian.
Tuti Tursilawati bekerja sebagai pembantu rumah di negara itu didakwa membunuh majikannya pada 2010 dan meninggal dunia pada 29 Oktober lalu.
Mungkin tidak ramai mengetahui kisah sedih ini kerana hanya popular di negaranya sendiri namun pemergiannya kini tular di media sosial meruntun jiwa netizen.
Memetik Kompas, hukuman matinya dijatuhkan tanpa pengetahuan kerajaan Indonesia termasuk ahli keluarganya.
Mengimbau kisahnya, si gadis ini telah mencari rezeki buat keluarganya di Arab Saudi bersama ibunya, Iti Sarniti, 52.
Dia ditugasnya untuk menjaga bapa kepada Naif yang dikatakan uzur, Suud Mulhaq Al-Utaibi.
Namun setelah bekerja selama lapan bulan, hidupnya diselubungi duka kerana tertekan tidak menerima gaji selama enam bulan.
Bukan itu sahaja, Tuti juga sering diganggu oleh majikannya dari sudut seksual hingga mengalami tekanan.
Jiwanya memberontak untuk menyelamatkan diri.
Akhirnya, Tuti mengambil keputusan berat terpaksa membunuh bapa majikannya.
Keputusan itu terpaksa dilakukan demi menyelamatkan diri.
Tindakan Tuti memang salah malah dia mengakui melarikan barang kemas dan wang majikannya.
Dalam sibuk melarikan diri, dia dikatakan telah didatangi seorang lelaki konon membantu ke Mekah.
Namun, lelaki itu ada agendanya tersendiri apabila membawanya ke sebuah rumah kosong.
Hidup Tuti gelap seketika, apabila dia telah dirogol oleh lapan lelaki hingga berkali-kali.
Tidak berdaya melawan, dia akhirnya dibebaskan dan di bawa ke Mekah berhampiran Masjidil Haram manakala barangannya dicuri.
Malang nasibnya, sehari selepas kejadian itu, Tuti ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi.
Dengan kerelaan hati, dia mengaku membunuh bapa majikannya dengan cara memukul menggunakan sebatang kayu dan mengikat kaki dan tangan lelaki tersebut kerana tidak tahan dipukul dan menerima gangguan seksual.
Malah dia juga mengaku membunuh kerana ingin menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, Arab Saudi memutuskan hukuman mati pada Tuti tanpa pembelaan kerana saat dia memukul majikannya sehingga mati, dia tidak dirogol dan merancang pembunuhan ini.
Keputusan itu membuatkan rakyat Indonesia marah kerana Tuti dihukum bunuh tanpa pengetahuan kerajaan Indonesia.
Rentetan dari kes tersebut, isu ini sedikit sebanyak menggugat hubungan antara kedua negara.
Tarikh keramat 29 Oktober, Arab Saudi telah menjalankan hukuman mati ke atas Tuti di Thaif.
Keluarga Tuti terkejut menerima perkhabaran itu kerana mereka baru sahaja membuat rakaman telefon dan Tuti tidak membuka mulut tentang hukuman tersebut.
Tuti memberitahu, dia berada dalam keadaan sihat dan keluarganya tidak perlu bimbang.
Isu ini terus mendapat perhatian Presiden Indonesia Joko Widodo yang mesra dipanggil Jokowi.
Beliau amat mengesali atas apa yang berlaku kerana tiada pemberitahuan berhubung hukuman tersebut.
Susulan itu, Duta Besar Arab Saudi telah dipanggil dan rakyat terus melakukan protes dan meminta kerajaan menamatkan penghantaran pekerja asing ke Arab Saudi.
Sinar Harian
Thu Nov 01 2018
Tuti (kanan) kali terakhir bersama ibunya pada April lalu. - Foto Sinar Harian
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.