awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kokain ditemui di White House

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2023
22:15 MYT
Kokain ditemui di White House
Perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat masih melakukan siasatan penemuan serbuk putih yang dikenal pasti sebagai dadah jenis kokain yang ditemukan di White House pada Ahad lalu. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat (AS) masih melakukan siasatan penemuan serbuk putih yang dikenal pasti sebagai dadah jenis kokain yang ditemukan di White House pada Ahad lalu.
Penemuan "barang yang tidak diketahui" di ruang kerja di West Wing pada hujung minggu lalu membawa kepada penutupan sementara kompleks White House.
Sehubungan itu, siasatan terperinci yang dilakukan termasuk menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta rekod daftar masuk pengunjung bagi mengenal pasti siapa yang memperoleh akses ke kawasan dadah berkenaan ditemui.
West Wing bersambung dengan rumah agam eksekutif tempat tinggal Presiden AS, Joe Biden yang turut menempatkan Pejabat Oval, bilik kabinet dan kawasan media serta pejabat dan ruang kerja untuk kakitangan presiden.
Beratus-ratus orang bekerja masuk dan keluar melalui West Wing dengan kerap.
"Pada petang Ahad, kompleks White House telah melakukan penutupan untuk langkah berjaga-jaga kerana pegawai dari perkhidmatan rahsia AS menyiasat 'kehadiran' barang tidak diketahui yang ditemui di dalam kawasan kerja," kata jurucakap perkhidmatan rahsia AS.
Sumber memberitahu, bahan itu ditemui semasa rutin latihan perkhidmatan rahsia dan ia dikenal pasti sebagai kokain.
"Jabatan Bomba DC dipanggil untuk menilai dan menentukan serbuk tersebut tidak berbahaya," kata jurucakap perkhidmatan rahsia, sambil menambah terdapat "penyiasatan mengenai punca dan cara" bagaimana bahan itu memasuki White House.
Biden tidak berada di White House pada Ahad kerana menghabiskan masa cuti hujung minggu di Camp David, Maryland.
Topic Berkaitan
#White House
#kokain ditemui di White House
#Presiden Joe Biden
#kediaman rasmi Presiden Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan