SINGAPURA: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd J. Austin III menegaskan komitmen teguh Amerika Syarikat terhadap rantau Indo-Pasifik walaupun terdapat konflik yang sedang berterusan di Eropah dan Asia Barat.
Bercakap pada Dialog Shangri-La (SLD) ke-21 pada Sabtu, Austin menekankan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden telah memberi keutamaan kepada rantau berkenaan sejak hari pertama, mengiktirafnya sebagai pusat strategi AS.
"Kami komited sepenuhnya. Dan kami tidak akan ke mana-mana. Walaupun terdapat konflik bersejarah di Eropah dan Asia Barat, Indo-Pasifik kekal sebagai 'teater' operasi keutamaan kami," katanya.
Menjawab soalan daripada seorang perwakilan, Setiausaha Pertahanan itu berkata beliau percaya momentum AS di wilayah Indo-Pasifik akan terus meningkat dan "bertambah laju", berdasarkan visi dan nilai bersama, tanpa mengira keputusan pilihan raya presiden AS.
Austin juga menyoroti kesepakatan baharu dalam hampir semua aspek keselamatan di Indo-Pasifik, yang dicirikan oleh inisiatif dan institusi yang bertindih dan saling melengkapi.
Visi bersama dan rasa tanggungjawab bersama ini menurut beliau, sedang membina rangkaian perkongsian yang lebih kukuh, lebih berdaya tahan dan lebih berkemampuan, menandakan era baharu keselamatan di rantau ini.
"Walaupun beberapa pengkritik dan propagandis akan terus menolak kedaulatan undang-undang dan cuba memaksakan kehendak mereka melalui paksaan dan serangan, kesepakatan baharu Indo-Pasifik menunjukkan masa depan yang lebih baik untuk semua negara kita," katanya.
Austin menekankan bahawa keselamatan Amerika Syarikat sememangnya dikaitkan dengan keselamatan Asia. Beliau menekankan kehadiran AS yang telah lama wujud di rantau ini dan pelaburan berterusannya untuk memenuhi komitmen kepada sekutu dan rakan kongsi.
Mengenai China, Austin menjelaskan bahawa AS tidak mencari hubungan perbalahan dengan Beijing. Beliau menyatakan keterbukaan untuk berdialog tetapi juga menekankan kepentingan bekerjasama dengan sekutu dan negara-negara di rantau ini seperti Filipina, untuk menangani kebimbangan mereka dan memastikan hak mereka dilindungi.
"Kami boleh menangani isu berkenaan dalam saluran tersebut dan seperti yang anda bayangkan, Menteri Dong dan saya mempunyai keupayaan untuk membincangkan beberapa isu tersebut semalam (Jumaat). Saya berharap dapat meneruskan perbincangan itu," katanya.
Austin dan Menteri Pertahanan China Dong Jun pada Jumaat mengadakan pertemuan peribadi pertama di luar Dialog Shangri-La, yang pertama antara menteri pertahanan AS dan China sejak tahun 2022.
Menyentuh mengenai perbualannya dengan Dong, Austin berkata beliau memberi jaminan kepada rakan sejawatannya bahawa saluran komunikasinya sentiasa terbuka.
"Komunikasi inilah yang saya percaya akan membantu untuk mengekalkan keadaan di tempat yang betul dan membantu kita bergerak ke arah kestabilan dan keselamatan yang lebih besar di rantau ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Bercakap pada Dialog Shangri-La, Austin menekankan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden telah memberi keutamaan kepada rantau berkenaan sejak hari pertama, mengiktirafnya sebagai pusat strategi AS. - Foto Reuters

Hetty Koes Endang nyanyi percuma, kementerian jimat RM100,000 - Mat Sabu
Mat Sabu memuji kebaikan Hetty yang sanggup menghiburkan tetamu majlis berkenaan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Genap sebulan gempa landa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah
Ribuan mangsa masih berlindung di khemah sementara di beberapa lokasi di negara itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Amirul Aiman
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar

Bekalan elektrik di Sepanyol, Portugal mula pulih
Kejadian ini menjadi peringatan tentang betapa pentingnya kestabilan sistem tenaga dalam kehidupan seharian.

Putera William, Kate kembali ke Scotland rai ulang tahun perkahwinan
Pasangan diraja ini memilih untuk melawat Kepulauan Mull dan Iona, kawasan yang penuh dengan keindahan semula jadi.

Budak rosakkan lukisan Rothko bernilai RM250 juta di muzium Belanda
Lukisan abstrak oleh artis terkenal AS Mark Rothko mengalami calar pada bahagian bawah yang tidak dilapisi varnis.
AWANIPagi | Singapore votes: What's at stake this election?
Singapore heads to the polls in a pivotal election under new leadership. What’s at stake for voters, parties, and the region? We speak to Assoc. Prof. Dr. Ja Ian Chong, political analyst from National University of Singapure for a sharp, in-depth analysis. Catch the full conversation on ASEAN KITA.

Mahkamah dengar kes Harvard mengenai pembekuan dana Trump Julai ini
Kes ini berkaitan dengan pembekuan dana persekutuan bernilai lebih daripada AS$2 bilion.

UK hentikan perlindungan pelarian pesalah seks
Pesalah seks yang menimbulkan risiko kepada masyarakat tidak seharusnya mendapat manfaat daripada perlindungan pelarian di UK.

Rakyat Kanada mengundi selepas kempen pilihan raya dikuasai perang perdagangan Trump
Dengan lebih 7.3 juta rakyat Kanada telah mengundi awal, pilihan raya ini dijangka mencatatkan rekod kehadiran pengundi.

Komitmen terhadap rantau Indo-Pasifik kekal kukuh walau terdapat konflik - Setiausaha Pertahanan AS
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menegaskan komitmen teguh Amerika Syarikat terhadap rantau Indo-Pasifik walaupun terdapat konflik yang berterusan.