Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu

Nursyazwani Saiful Sham
Januari 10, 2018 01:31 MYT
Amerika, Algeria dan Australia antara negara yang mengalami keadaan cuaca yang ekstrem. - Gambar fail
SEJAK kebelakangan ini, kita digemparkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di seluruh dunia dan ada yang menganggapnya sebagai fenomena yang pelik.
Antara negara yang dilanda keadaan cuaca ekstrem sekarang ini adalah Amerika Syarikat (AS) khususnya di bahagian timur laut negara itu yang mengalami cuaca sejuk melampau.
Malah, setakat hari Sabtu, 18 orang dikatakan terkorban dari keadaan cuaca yang melanda di AS.
GALERI FOTO: Amerika membeku!
Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan kehidupan manusia, malah turut memberi cabaran buat spesies haiwan.
Dalam satu laporan mengejutkan, pihak berkuasa tempatan di Cape Cod menemui hidupan laut seperti jerung putih Atlantik dan penyu yang mati akibat terperangkap dalam suhu yang menjunam secara drastik itu.
BACA: Sejuk ekstrem di Amerika: Jerung dan penyu ditemui mati beku
BACA: 18 maut dalam cuaca sejuk ekstrem di timur laut Amerika Syarikat
Jika sebahagian besar kawasan di utara Amerika Syarikat merekodkan suhu rendah ketika ini, lain pula ceritanya di Sydney apabila kota popular Australia itu mencatatkan suhu paling tinggi.
BACA: Otak kelawar umpama digoreng akibat panas melampau di Sydney
BACA: Sydney tempat paling panas di Bumi, suhu cecah 47.3 C!
Pada Ahad, suhu di Sydney mencecah 47.3 darjah Celsius sekali gus menjadikannya tempat paling panas di dunia!
BACA: Sydney the hottest place on Earth after reaching 47.3 C
Bukan itu sahaja, pasti ramai yang tidak percaya apabila salji dikatakan turun di padang pasir.
Ini yang berlaku di Gurun Sahara di utara Algeria yang lazimnya digambarkan dengan lapangan tandus dan landskap gumuk pasir di bawah matahari terik. Pada Ahad, penduduk di Ain Sefra dikejutkan dengan hamparan salji putih.
BACA: Terjadi lagi, lapisan salji di Gurun Sahara
Dalam pada itu, keadaan cuaca yang tidak menentu turut melanda Asia Tenggara. Ini yang terjadi di Selatan Mindanao, Filipina apabila negara itu dilanda ribut tropika Tembin Disember lepas.
Walaupun Filipina sering dilanda ribut taufan, namun kejadian ribut tropika Tembin itu berlaku di lokasi yang jarang sekali dilanda bencana seumpamanya. Kesannya membadai hingga ke pedalaman Mindanao di selatan negara kepulauan itu.
Dalam kejadian berkenaan, hujan lebat berserta angin kuat mengorbankan sekurang-kurangnya 120 orang akibat dari tanah runtuh yang dihanyutkan arus deras.
BACA: Ribut Tropika Tembin: Sambutan Krismas di pusat pemindahan
BACA: Ribut Tropika Tembin: 160 mangsa masih hilang
Filipina bukan sahaja yang dibadai ribut Tembin, malah Vietnam turut terkena tempiasnya.
Tiga wilayah Lanao del Norte, Lanao del Sur dan semenanjung Zamboanga adalah kawasan paling teruk terjejas dibadai ribut tropika ini.
BACA: Selepas Filipina, bencana ribut Tembin membadai Vietnam
Sementara itu, di Malaysia pula, saban tahun terus berdepan dengan kejadian banjir yang disebabkan hujan lebat. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telahpun mengeluarkan amaran hujan lebat bermula Rabu, 10 Januari sehingga Jumaat, 12 Januari 2018.
Ribut petir yang sering kali terjadi pada akhir tahun kini dilihat lanjut sehingga awal tahun 2018.
BACA: Pahang, Johor, Sarawak bakal dilanda banjir bermula Rabu - NADMA
#Algeria #Amerika Syarikat #AS #Asia #Australia #banjir #cuaca pelik #esktrem #Filipina #Malaysia #mati #maut #Pahang #sejuk #Sydney #tanah runtuh #Vietnam