awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komputer Bank Negara Australia digodam

AFP
AFP
11/03/2013
06:15 MYT
Komputer Bank Negara Australia digodam
Bank Negara Australia, digodam, Sydney, serangan virus, Beijing, Huawei
Rangkaian komputer Bank Negara Australia telah digodam oleh virus yang dibangunkan dipercayai untuk mencari maklumat sulit bank tersebut.
Bank pusat mendedahkan serangan dikesan selepas penyiasatan hasil kewangan menjumpai beberapa komputer yang telah dijangkiti virus.
Menurut sumber, serangan virus tersebut bertujuan untuk mencari maklumat sulit berhubung rundingan dalam G20 berhubung kadar tukaran asing dan matawang China yang menjadi tumpuan utama.
Sumber rasmi bank mengesahkan virus G20 kepada AFP dan berkata ianya hanya melibatkan beberapa buah komputer sahaja.
Bahagian pertahanan memetik "ianya mensasarkan serangan berprofil tinggi seperti G20, iklan rasmi dan ianya kelihatan seperti sebaran sebenar. Penceroboh siber berminat dalam maklumat berkaitan kerajaan".
Dalam insiden yang lebih menggemparkan pada bulan sebelumnya, daftar masuk bank pusat turut digodam melalui emel perancangan strategik 2012.
"Emel palsu ialah tujuan utama dan kebiasaanya menggunakan akaun sekunder yang menyamar sebagai pengurus bank," menurut laporan rasmi oleh pengurusan risiko bank.
"Sekiranya emel yang tidak mempunyai lampiran, ianya lebih mudah melepasi kawalan keselamatan dan pengguna lebih mudah untuk dijangkiti menerusi pelayar internet."
Setakat ini enam pengguna telah dijangkiti melalui emel tersebut.
"Aset bank juga berpotensi terdedah kepada masalah virus ini yang mengakibatkan kehilangan maklumat," menurut laporan rasmi.
Pada 2011, komputer Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Pertahanan turut dipercayai telah digodam. Pakar keselematan menegaskan yang serangan berasal dari negara China.
Beijing menafikan pertuduhan sebagai tidak berasas dan berniat jahat.
Tahun lalu, gergasi telekomunikasi China, Huawei telah disekat daripada membida kontrak jalur lebar Australia bernilai Aus$36 billion berikutan kebimbangan terhadap serangan siber.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Australia
#Beijing
#digodam
#Huawei
#serangan virus
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan