awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2016
23:07 MYT
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
ANIFAH: Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Gambar fail
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik Digital oleh Kerajaan Malaysia melalui Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) merupakan soft approach dalam menangani naratif secara dalam talian yang dilancarkan pengganas.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, fokus inisiatif ini tertumpu untuk melawan retorik dan agenda pengganas di rantau Asia Tenggara di ruang digital dengan mendedahkan kepalsuan dan kesalahan maklumat.
Jelasnya, yang kedua adalah dengan menzahirkan produk menangani naratif untuk memenangi hati dan minda rakyat.
"Dalam usaha global menangani keganasan ekstremisme, adalah penting untuk memahami dan mengetahui faktor-faktor penyumbang kepada radikalisasi individu ataupun secara berkumpulan.
"Sama ada perkara ini dipanggil punca, keadaan kondusif atau pemacu kepada keganasan ekstremisme, namun secara konsepnya semua ini merupakan perkara yang sama, dan boleh berbentuk politik, ekonomi ataupun sosial.
"Perkara-perkara ini boleh disebabkan oleh kepelbagaian faktor, termasuk kezaliman yang berpanjangan, akses yang tidak sama rata kepada sumber dan peluang, pencabulan hak asasi manusia, penjajahan serta diskriminasi sistematik," katanya semasa berucap pada Persidangan Geneva Mengenai Keganasan Ekstremisme di Switzerland pada Jumaat.
Tegas Anifah, pencegahan kepada keganasan eksterisme yang memberikan kesan besar perlu dilaksanakan dengan segera, secara komprehensif dan lestari.
"Kerjasama antarabangsa amat diperlukan, dan semua negara perlu menafikan ideologi-ideologi keganasan dan menyerlahkan nilai-nilai positif.
"Ketiadaan definisi yang jelas bagi keganasan ekstremisme di peringkat antarabangsa, dan penggunaan meluas di peringkat nasional tidak seharusnya merumitkan kerjasama antarabangsa dalam menangani keganasan ekstremisme.
"Secara jelasnya, keganasan ektremisme tidak diterima dan tidak mempunyai tempat di mana-mana. Ianya tidak boleh dikaitkan dengan sebarang negara, bangsa atau agama. Ianya juga tidak boleh dikaitkan dengan budaya ataupun kewarganegaraan," jelasnya.
Oleh itu kata Anifah, apa yang penting adalah tindakan pencegahan yang tegas di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
"Kerana itu kita mengalu-alukan Pelan Tindakan Pencegahan Keganasan Ekstremisme oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
"Pelan tindakan berkenaan menyediakan asas-asas kepada Negara Ahli untuk menangani isu ini.
"Walaupun Pelan tindakan ini mencadangkan Negara Ahli untuk membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi mencegah keganasan ekstremisme, Malaysia telah maju ke hadapan dengan mengukuhkan rangka kerja undang-undang, terutamanya menerusi Akta Pencegahan Keganasan 2015 dan Akta Langkah-Langkah Khas Menangani Terrorisme di Negara Asing 2015," ujarnya.
Katanya lagi, Malaysia turut mengukuhkan keupayaan pentadbiran dan operasi penguatkuasaan undang-undang negara.
Dalam pada itu katanya, penganjuran Special ASEAN Ministerial Meeting on the Rise of Radicalisation and Violent Extremism pada bulan Oktober tahun lepas dan International Conference on Deradicalisation and Countering Violent Extremism pada bulan Januari lepas merupakah langkah promosi negara untuk membanteras keganasan.
"Malaysia akan terus mempromosikan konsep kesederhanaan dan Gerakan Kesederhanaan Global, yang menyeru supaya negara-negara lain mencela dan menolak ekstremisme, di samping menyokong kesederhanaan.
"Malaysia percaya bahawa amalan kesederhanaan seharusnya diamalkan secara global.
"Pada bulan ini, Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN telah menerima dan mengesahkan pendekatan ini, sepertimana yang termaktub di dalam Langkawi Declaration on the Global Movement of Moderates," jelasnya.
Anifah turut memberi jaminan Malaysia akan memberikan sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani dan mencegah keganasan ekstremisme.
"Malaysia juga berharap untuk terlibat dalam perbincangan membina bersama-sama dengan delegasi lain dalam membincangkan mengenai Pelan Tindakan ini semasa Global Counter-Terrorism Strategy review yang dijadualkan pada bulan Jun nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#Anifah
#Kementerian Luar
#pelan strategik
#SEARCCT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan